Sunday, November 13, 2011

Muncul kembali

Dah berhabuk teruk blog ku ini. Tiada apa yang perlu diceritakan, dikhabarkan kepada semua orang. Kini terus bekerja di tempat yang sama. Alhamdulillah walaupun bukan ini yang saya impikan tetapi sekurang-kurangnya saya masih dimurahkan rezeki dapat tempat bekerja. Saya tahu masih ramai kawan-kawan lain yang sedang bertungkus-lumus mencari pekerjaan, masih tanam jagung yang entah bila akan berbuah. Alhamdulillah.

Waktu bekerja 5 hari seminggu berjalan seperti biasa. Kalau rajin, tengah hari atau petang pergi kelas aerobik atau ke gym dalam 1-2 jam. Cukuplah sekadar dapat jumpa untuk buat networking dengan staff dari department lain dan lepaskan stress kerja. Biasanya lepas Maghrib di pejabat, baru pulang ke rumah. Tak ada la kelam-kabut nak bersiap untuk solat di rumah.

Seperti sebelum-sebelumnya, waktu malam akan buat part-time business dari rumah. Tak ada la banyak mana tapi mampu untuk buat simpanan untuk setiap bulan. Nak sipan guna duit gaji sahaja memang lambat la tabung nak penuh. Sekarang ni buat business apa? Mari saya tunjukkan.



Macam tak percaya kan saya boleh terjebak dengan dunis perniagaan dengan Tupperware Brands Malaysia ni. Panjang ceritanya macam mana saya boleh berkenan nak sertai. Tapi lepas dah merasa sendiri keistimewaan dan ganjaran, baru berani nak ajak kawan-kawan lain sertai sama. Alhamdulillah ada beberapa orang kawan-kawan sebaya yang dah mulakan perniagaan
Tupperware ni juga. Setakat ini saya cuma menggunakan medium laman sosial Facebook sahaja untuk memasarkan produk. Sila klik 'Liyana Tupperware' di bawah gambar ini untuk terus ke laman Facebook.


LinkFacebook: Liyana Tupperware.

Dah lama tak buat blog, satu post ni pun dah ambil masa sampai 1 hari. Alahai -_-

Monday, April 11, 2011

1 week

Saya dah seminggu praktikal di Shah Alam. ^__^


(ada lagi 2 bulan 3 minggu lagi untuk saya)

Tuesday, April 5, 2011

Now open!


Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum.



Dengan ini secara rasminya kiosk pertama Anggun Liyana Enterprise telah mula beroperasi mulai 2 April 2011.







Terletak di Tingkat 1 AEON Jusco Bandaraya Melaka, kiosk bernombor BSMC-FK-12. Berhadapan butik Topgirl ini hanya memfokuskan perniagaan aksesori khususnya kerongsang dan pin kartun.





Kerja-kerja memasukkan stok malam sebelumnya sehingga 3 pagi!



Selling like a hot goreng pisang with reasonable price. All my customers love it! Alhamdulillah.


Terakhir sekali, terima kasih kepada ibu dan abah yang sentiasa membantu dan memberi sokongan dan juga kepada usu yang sudi jaga kiosk buat sementara waktu.


Friday, April 1, 2011

Hari 1

Bukan hari pertama jadi tunangan orang.
Bukan hari pertama dapat kerja.

Bukan hari pertama dapat gaji.

Bukan sama sekali.



Di saat kawan-kawan lain di sedang menikmati elaun yang ke 4, saya baru nak masuk tempat intern@latihan industri untuk kali kedua selepas di Serdang. Dan sekarang saya sedang intern di sini:




Ya. Saya bukan buat April Fool. Tidak. Ini kisah benar.


Maka selama 3 bulan yang seterusnya ini, saya akan bekerja di syarikat multinasional seperti di atas. Apa yang saya buat tidak sama sekali saya dedahkan di sini demi menjaga diri sendiri yang telah tandatangan segala akur janji (kenapa skema saat ayat hari ni?)


Kalau ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tanya kerja di mana, saya akan jawab,


" eh pakcik/makcik, saya belum kerja, sedang praktikal sekarang ni."


"kat mane?"


"kat Pfizer, di Shah Alam"


"ape benda tu?"


"syarikat ubat"


Dah senang je jawab. Tak nak terangkan panjang-panjang nanti belit lagi tak faham. Agak-agaknya kalau saya jawab,


"makcik/pakcik tahu tak Viagra?. syarikat ni la yang buat ubat tu"


Aku yakin 200% semua orang akan tahu. Hahahaha.



p/s: agak-agaknya ada peluang tak nak ikut staf senior pergi kerja kat luar. bawa la saya ye kalau ada ^_^


Tuesday, March 29, 2011

Newborn!

Nantikan kemunculannya April ini!


(suspen tak? ^_^v)

Thursday, March 24, 2011

Permulaan Baru

Disaat ini sedang berada di pembaringan beralaskan cadar kuning gambar burung comel di bilik sendiri. Tidak ketinggalan kipas angin yang menjadi peneman sepanjang malam.
Minggu akhir.
Minggu terakhir untuk duduk rumah sebelum memulakan latihan praktikal di Shah Alam bermula bulan depan. Terima kasih pada kawan Asma a.k.a *kakak ipar* sebab kenalkan dengan ehem3......Shamimi yang dengan murah hatinya memberi kebenaran untuk tinggal di
rumahnya selama 3 bulan yang berikutnya. Arigatoo Gozaimasu Asma Chan & Mimi Chan!!
Dua minggu lepas ada pergi ke pameran kerjaya dan pendidikan anjuran MARA di PWTC. Ya Allah ramainya orang jangan cerita. Bukan sebab nak pergi ke pameran kerjaya tu, tapi ke MATTA fair yang berlangsung serentak. Telan air liur juga bila terpandang promosi-promosi bercuti ke luar negara dengan $$$ yang agak berpatutan. Oh jangan risau. Tak ada satu pun yang saya sambar untuk di jadikan motvasi untuk bekerja dengan lebih rajin. Bekerja???
Niat nak sambung belajar semakin meluap-luap. Keputusan SPM dah keluar, ini bermakna akan ada banyak tawaran biasiswa/tajaan dan apa-apa yang sewaktunya akan diiklankan di dalam akhbar. Oleh itu saya dengan gigihnya menggunakan sedikit duit poket *yang hampir menjadi debu* untuk membeli akhbar tempatan. Dalam 10 tawaran yang dikeluarkan, mungkin ada 2 yang dibuka untuk bakal pelajar post-graduate macam saya ni. Amin.
Projek mega?
Masih lagi dalam proses. Tunggu je la. InsyaAllah akan berhasil nanti.
p/s: diam bukan bermakna kalah.

Wednesday, March 16, 2011

Twist Lick Dunk




OREO!
Biskut kegemaran masa sekolah asrama dulu2. Kalau dapat makan oreo memang heaven sangat. Lagi-lagi bila kongsi dengan kawan katil sebelah. Pastu ngadap dengan milo panas. Waaahhh..nikmatnya.




Semalam beli Oreo Double Stuf konon-kononnya nak mencuba resipi oreo cheese cake yogurt. Sekali kat 7 e depan rumah tak ada jual yogurt pula, jadi beli oreo saja la. Harapannya petang ni nak pergi bandar cari yogurt. Tup2 Oreo Double Stuf tinggal 5 keping je. Alahai tak jadi lagi la nak buat cheese cake. Hahaha.
Masa Google gambar Oreo tadi, terjumpa Oreo Cool Mint. Mesti sedap kan. Kenapa tak ada kat Malaysia. Pada kawan2 yang duduk oversea tu bawa balik la Oreo Cool Mint ni satu untuk saya rasa. Terima kasih.
Ni la rupa Oreo Cool Mint
^_^

Friday, March 11, 2011

RAIN

PERHATIAN: Entri ini bukan mengenai dia. Bukan sama sekali. Jika ada pelawat yang mengharapkan saya bercerita tentang dia, anda silap. Harap maklum.


Tetapi tentang ini.



Kenapa pilih topik hujan untuk cerita? Sebab dah 2 hari tempat saya hujan tanpa henti. Ye betul. TANPA HENTI. Tiada tanda2 nak berhenti pun. Apa lagi kalau berhajat nak tengok matahari di siang waktu. Hampa.



Ala hujan air je kot. Bukan hujan batu. Kenapa kau nak kecoh sangat sampai buka entri khas untuk hujan?



Sebab ada kemungkinan nak banjir buat kali kedua dalam tempoh 2 bulan. Mengikut pengalaman lepas (walaupun saya bukan di hometown), cukup la sekadar 3 1/2 hari hujan tanpa henti, dah cukup untuk mengakibatkan banjir.


Kalau banjir betul2 lagi sekali macam mana???



p/s: Entri berikut nanti saya akan upload gambar banjir yang lepas ok!

Thursday, March 10, 2011

Sudah berdaftar

Alhamdulillah....
Akhirnya niat untuk ada company sendiri (walaupun kecil) dah tercapai. Mulai sekarang, Shawls & Scarfs dan tak wujud lagi. Dah tukar nama.
Persembahkan...
ANGGUN LIYANA ENTERPRISE
Sekarang sedang deal untuk buka kiosk yang pertama di Melaka. Ada siapa2 yang nak bekerja dengan saya? InsyaAllah gaji+komisyen akan masyuk. Kalau ada yang berminat, tinggalkan email atau no phone kat bawah ye. Nanti saya akan contact.

Thursday, March 3, 2011

Tamat

Tamat. Setelah 3 bulan aku jalani BeST program di UniRAZAK, 28 Februari lepas adalah hari terakhir buat kami semua. Berakhir di Sheraton Imperial Hotel, kami berpisah dalam keadaan yang tidak puas hati. Sepanjang di sana, Kak Ana dan Encik Mus setia menanti dan memberikan sokongan kepada kami semua. Terima kasih.
Tragis dan kejam. Hari tu juga la aku terpaksa berhadapan dengan pengalaman pahit. Aku di tengking dengan selamba badak oleh COO satu company kat Jalan Klang Lama. Company apa? Cari lah sendiri. Malas nak beritahu. Nanti aku kena saman pula. Sebabnya, aku tolak untuk buat internship@latihan praktikal kat company tu. Ok, aku malas nak cerita apa yang dimarahkan dan cara aku dimarahi. Yang penting, berterabur air mata aku kat ramai kawan-kawan di BeST. Terima kasih terutama pada rumate aku yang sudi dengar luahan ketidakpuashatian aku.
Hari tu juga lah aku berpisah dengan member usha aku, Miss Masitah. Member usha? Apa tu? Kami suka usha orang. Siapa yang jadi mangsa tu, nasib la. Nampak kitorng ni macam je baik tapi sebenarnya memang baik pun.
Cita2 lepas ni nak update lagi blog dengan lebih kerap,
p/s: saya tulis blog di McD. sekian terima kasih.

Tuesday, January 11, 2011

I do not know what to do.


Sometime I feel it is a burden for me. Sometime I still confuse with what I want in my life. Sometime I feel empty. Sometime I feel lonely. Sometime I feel happy. Sometime I feel over joy. Sometime I feel bad. Sometime I feel stupid. What do you feel right now?
Saya selalu mengharapkan perkara yang menarik pada hari2 yang menarik seperti ini, 11/1/11 tapi sayang tak ada sesuatu pun yang menarik....
p/s: I have proble to keep update my blog, ~Dream~

Saturday, January 8, 2011

Menggapai impian

Seminggu sudah berada dalam tahun baru. Macam mana dengan sambutan tahun baru anda? (Oh ye! saya diserang demam menjelang tahun baru. Nasib baik dah berada di rumah waktu tu) Post hari ni nak cerita pasal azam tahun baru. Ye azam. Bukan Abang Azam yang jual burger dekat simpang tiga tu. Bukan sama sekali.


Setiap tahun anda wajib ada azam baru ke? Penting ke azam ni untuk kita? Saya selalu terifkir pasal azam ni. Apa yang saya nak ye tahun ni? Apa yang nak diperbaharui/dipelajari/dimiliki tahun ini selalu menjadi topik utama kalau nak buat azam. Azam tahun lepas saya ialah nak bergraduasi dengan cemerlang tanpa perlu menunggu beberapa semester lagi. Dengan kata lain saya tak nak extend. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Maksudnya azam saya berjaya la kan.


Tahun ni pula. Apa azam saya ye? Nak sambung belajar? Nak kerja yang baik? Hurmmm....mari fikirkan. Walaupun dah seminggu tahun baru berlalu tapi tak salah rasanya kalau masih memikirkan azam untuk tahun ni. Bukankah azam yang difikirkan tu nanti akan jadi perkara utama untuk sepanjang tahun 2011 ni? Bermula dengan azam kecil saya tahun ni, saya nak membaca sekurang-kurangnya dua buah buku sama ada dalam bahasa atau english dalam masa 1 bulan. Bahan bacaan tidak termasuk majalah, surat khabar, novel atau membaca di kertas pembungku goreng pisang. Agak-agaknya mampu tak saya buat? Selama ni cuma beli buku semasa ada pesta buku antarabangsa sahaja. Kalau tak ke sana, memang payahlah nak membeli buku. Ke Kinokuniya/MPH/Times/Borders pun setakat belik-belik, baca-baca sinopsis buku dan lepas tu letak balik. (Salah satu sebab tak beli adalah harga buku yang diminati tersebut memiliki harga yang teramat sangat 'murah')


Azam lain? Hurm....cerita lain kali la ye. Nak bersiap pergi KLCC. Bye.