Wednesday, February 27, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.

Sepanjang tahun 2012 sehingga sekarang saya terima banyak jemputan perkahwinan kawan-kawan sama ada kawan-kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, asasi, universiti, tempat training dan tak kira dari mana pun. Lagi rancak sebulan dua sebelum cuti sekolah. Pantang buka FB, mesti ada sahaja jemputan. Itu belum lagi yang berduyun-duyun terima kad jemputan di rumah. Hampir 2-3 minggu sekali ibu atau abah akan beritahu ada kad jemputan sampai rumah.

Ibu: Kawan-kawan aby dah ramai ye yang dah kawin....

Saya: Haah....

Ibu: Bila majlis si ***** ?

Saya: Bulan 3. Kenapa? Ibu nak pergi ke?

Ibu: Eh apa pula ibu...aby tak nak pergi ke?

Saya: Tak lah rasanya. Jauh sangat, lagipun tak cuti.

Ibu: Ibu ingatkan selama ni aby ada affair dengan dia tu....

Saya: What the...(ok ni dalam hati je)....eh tak ada la...kawan je tu...kawan gila-gila, sebab tu ngam....


Jauhnya ibu saya ni fikir. Rileks ibu. Itu cuma kawan yang memang gila.
Saya pula bila? Ok cool  je ( yelah tu...) sooner or later nanti ada la jodoh saya (ayat nak sedapkan diri sendiri....hahaha)

Kepada semua sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumahtangga, saya ucapkan:

Selamat pengantin baru dan moga berkekalan setia hingga hujung nyawa (terpengaruh sangat ni).










Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum.


Note: Terjumpa di FB kawan. Ingatkan story ni sekadar fairy tale, rupanya memang wujud. 

Tuesday, February 19, 2013

Tupperware: Katalog 2 2013

Assalamualaikum.

Seperti yang anda semua sudah maklum, saya merupakan 1 Star Director dalam perniagaan Tupperware (kena bagitau ke? hehe...mestila). Jadi kepada kawan-kawan yang nak cari hadiah untuk company, new born, wedding atau untuk apa sahaja boleh contact saya dan nyatakan budget anda. Kami akan buatkan set mengikut budget anda.

Penghantaran kami lakukan ke serata Malaysia dan jika ada pelanggan dari Brunei, Indonesi, Singapura atau mana sahaja, jangan risau, kami akan hantar juga. Semua kos penghantaran akan di tanggung oleh pihak pembeli.

Mari cuci mata untuk katalog baru ni. Kepada yang berminat nak order atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus email saya,

liyanasopian@gmail.com





















Thursday, February 14, 2013

Pulau Langkawi, Kedah

Assalamualaikum.

Edisi 1 dan terakhir.
Lokasi: Pulau Langkawi, Kedah
Tarikh: Februari 2012 (CNY holiday)

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina kami sekeluarga ke Pulau Langkawi. Ok memang kerja gila pergi waktu peak hour macam ni. Cool je. Adventure konon-kononnya. Saya sendiri dah tak ingat ini kali ke berapa kami sekeluarga ke Langkawi tapi kali terakhir kami pergi adalah Julai 2011. Walaupun dah pergi banyak kali, tapi tetap ada sahaja tempat baru yang kami nak terokai ketika di Langkawi.

Tajuk: Cuti panjang Tahun Baru Cina 2013
Objektif: Meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Method (apa dalam bahasa melayu?) : Mandi pantai dan mandi air terjun.
Hipotesis: Semakin banyak kali pergi ke Pulau Langkawi, semakin sedikit gambar yang saya snap.
Kesimpulan: Pergi ke Pulau Langkawi jangan lupa bawa sunblock. Kami sekeluarga gunakan Fruit and Earth SPF50 dan hasilnya, kami kurang burn effect.

Santai
Untuk edisi kali ini, kami ke Pantai Pasir Tengkorak, Burau Bay dan Telaga Tujuh. Burau Bay worse place ever! Telaga tujuh kami pergi 7th well sahaja, tapi tempat memang cantik!

Shopping
Dan yang wajib setiap kali datang Langkawi dah tentulah beli cokelat kan.....(punah program diet ku..)
Whittakers, After Eight, Belgian No Sugar, Hershey's Cookies N Cream jadi pilihan.....(nomnomnom...)

Penginapan
Kami memang sukakan pantai kalau ke Langkawi dan setiap kali ke sana, kami akan pilih untuk menginap di Pantai Cenang. Malam sangat meriah dekat sini. Jalan kaki sepanjang jalan ada banyak kedai and stalls yang menarik untuk cuci mata terutama orang macam saya yang dah lama tak pergi ke Mid Valley ni (ok tak ada kaitan dengan entri). Kalau hujung minggu, 2 pagi masih steady. Oh ya, kami menginap di Rainbow Lodge. Tak mewah tapi sempoi. Jiran bilik saya semua mat saleh. Tak ada Malaysian langsung. Rupa-rupanya, lodge ni memang antara yang famous di TripAdvisor. Setakat kami yang nak tidur dan berjalan, memang sesuai sangat dengan harga penginapan dan kemudahan yang disediakan.


Rainbow Lodge Langkawi (boleh klik kalau berminat)

Maaf, gambar ni saya dapat dari En. Google. Sila baca hipotesis saya sebelum bertanya apa-apa.


Di Pantai Cenang ini juga ada satu kedai buku yang memang menjadi kegemaran saya. Setiap kali datang mesti nak singgah. Keistimewaan kedai buku ni adalah mereka menjual buku 2nd hand terutamanya novel. Sebut je nak apa, Jackie Collin, Jodi Picoult, J.K Rowling, Sophi Kinsella, Cecelia Ahern, ....semua ada. Tuan kedai adalah pakcik warga tempatan dan setiap kali saya jumpa dia, dia dengan semangat akan recommend buku yang menarik ikut minat saya. Even buku JK Rowling, The Casual Vacancy hardcover edition, 1st print pun pakcik ni offer pada saya. Price tag tulis RM25 tapi pakcik tu offer saya dengan harga RM23. Pheeww....nyaris beli tapi masalahnya saya tak pandai baca buku tulisan JK Rowling. End up beli novel lain dengan harga RM47 (harga asal RM49) untuk 3 novel. Berat pun berat la nak bawa naik feri, tak apa saya sanggup angkut!

Kedai ni bukan sahaja jual buku English tapi ada juga dari German, Holland dan pelbagai lagi. Bual-bual dengan makcik (wife taukey kedai) tanya kenapa novel bahasa Melayu sikit sangat. Panjang lebar dia cerita yang orangjarang nak jual novel Melayu. Saya balas,' Oh sama la dengan saya makcik, saya pun tak jual novel-novel Melayu saya. Ada simpan di rumah...' Makcik tu jawab, 'Kan makcik dah kata tadi, 9/10 orang tak akan jual, awak la orang no 9 tu....' -_-!!

Kadang-kadang rasa menarik lagi kedai buku pakcik ni daripada MPH. =)




Hanoi, Vietnam (Bhgn. Akhir)

Assalamualaikum.

Edisi 4.
Lokasi: Hanoi, Vietnam
Tarikh: September 2012.

Siri akhir penjelajahan ke Hanoi, Vietnam bersama Tupperware Trip Achiever 2012. Silakan...




Pemandangan yang rare. Selamba diorang ni berurus niaga depan hotel. Ini sebenarnya betul-betul di hadapan hotel tempat kami menginap. Senang cerita kami boleh jalan kaki ke hadapan untuk shopping. Ini memang taktik mereka. Tunggu depan hotel. Nak masuk tak boleh kan sebab security hotel memang sekerasnya tak beri kebenaran. Jangan risau, saya tak ada dalam gambar.



Ikutkan akak-akak yang belum habis shopping ni. Saya? Dah tak ada duit nak membeli-belah. Dalam purse tinggal Ringgit Malaysia sahaja. Maklumlah, pergi sebagai pelajar, jadi duit shopping  memang limited dan tak macam akak-akak/makcik-makcik ni semua. Oh ya! Akak yang duduk satu bilik dengan saya belanja shawl. Dia kata terima kasih sebab hari-hari tidur lambat temankan dia bual-bual. Hahahaha.....terima kasih kak! (Eh kejap, mana shawl  tu saya letak ye???)


Bersebelahan dan tidak jauh dari tempat urusniaga tadi, saya ternampak ni pula. Kopitiam Vietnam style.


Gambar yang paling rare dan paling berharga yang saya ada. Bukan boleh jumpa kat Malaysia ni. Cuba teka apa itu? Nak snap gambar ni pun saya kena tegur dengan akak-akak ni semua. Saya jawab, 'Ala kak, rare tu pemandangan macam ni mana ada kat Malaysia....' Lepas tu semua pakat gelakkan saya. Sabar je la.


Ini sewaktu dalam perjalanan dari hotel ke lapangan terbang. Nampak biasa kan gambar ni? Ok mari sini saya terangkan tentang gambar ini. Nampak tak batu-batu hitam tu? Ok itu sebenarnya kubur. Dan kawasan terbentang luas hijau tu adalah sawah padi. Ya, mereka akan tanam orang mati di kawasan sawah padi bagi tempoh 5 tahun. Kemudian, mereka akan gali semula, dan pindahkan kubur ni ke tanah perkuburan tetap. Tujuannya adalah untuk mengembalikan roh ke sawah padi yang bawa rezeki sebagai destinasi terakhir untuk mereka buat kebaikan. Hahaha...ok, saya makan nasi baja orang mati ke sepanjang di Vietnam?? No comments.



Dah sampai lapangan terbang. Jom terbang balik ke KL. 

Selamat tinggal Hanoi! Panjang umur kita berjumpa lagi =)

My 1st Spectacular (Bhgn. 2)

Assalamualaikum.

Sabtu, 26 Januari 2013.

Sampai sahaja di Stadium Putra, saya dan rakan terus mendaftarkan diri. Dalam hati kata 'Laaa.....kata ramai sangat orang, tak ada la teruk sangat...'. Memang la belum ramai sayang oi! Kamu sampai pukul 7.10 pagi. Hehe. Ini semua sebab sponsor saya yang terlalu berdedikasi nak kami semua sampai awal.

Tapiii....

Bila nak masuk dalam stadium, ya Allah! Ramainya orang. Oh lupa nak beritahu. Spectacular tahun ni dihadiri oleh 15,000 orang dan mereka kata, tahun sebelumnya hanya dihadiri oleh 6,000 orang. Erk....saya terkedu sekejap. Kenapa peningkatan yang lebih dari 100%? Apa yang menarik sangat ni?

Masuk sahaja dalam stadium, energy orang-orang Herbalife ni memang incredible! Sana sini nampak orang tengah buat shake (sedangkan saya minum shake kat bilik je). Ada yang tengah bagi anak-anak minum shake dan bancuh tea. Jadi sebenarnya senang nak consume Herbalife ni. Di mana sahaja boleh buat dan siap in less than 5 mins. 

Saya dan rakan memang betul-betul terpaku. Kami dah duduk dalam stadium dari pukul 8 pagi, tapi kami cuma bergerak dan mula kibarkan bendera pukul 10 pagi (oh ya, kami diberikan bendera mengikut negeri yang kita suka dan sudah tentu Johor menjadi pujaan hatiku). Sempat saya cakap dengan rakan sebelah, 'Lambat betul kita ni warm up kan...' Selamba je dia jawab sambil tersenyum, 'First timer la katakan....' ^_^

Sepanjang hari, saya dapat gambaran kenapa peningkatan lebih daripada 100% yang hadir event  ni. Perkongsian cerita, pengalaman pahit, cerita gembira, kejayaan dan kegagalan yang dikongsi secara ikhlas dari hati. Konsepnya sangat mudah. Apabila kita berkongsi sebenarnya kita sedang bersedekah kerana apa yang kita kongsikan itu mungkin menjadi inspirasi kepada orang lain dan secara tidak langsung membakar semangat mereka. Bukan semua orang ada dalam keadaan yang positif dan saya juga begitu. Kadang-kadang kita rasa kita ni hidup susah sangat, tapi sebenarnya ada yang jauh lebih susah. Tak segan saya kata yang saya sendiri menitis air mata dengarkan perkongsiaan mereka. Rupa-rupanya apa yang Allah sedang uji saya ni cuma sedikit sahaja berbanding dengan apa yang mereka perlu tempuhi. Tapi disebabkan keinginan untuk berubah, mereka sahut cabaran dan atasinya.

Saya datang untuk mencari sesuatu yang dapat menginspirasikan saya untuk terus berjaya dan di sini saya dapat lebih daripada apa yang saya mahukan.

Alhamdulillah.

Misi saya diteruskan hari berikutnya......