Tuesday, March 12, 2013

Sweat Rash

Assalamualaikum.

Cuaca kat sini extremely hot. Kalau tak silap paling tinggi 34'C (kecoh je minah ni!). Tapi mungkin disebabkan saya dah lama tak kena prickly heat/sweat rash/ruam panas, keadaan ni memang buat saya tak tentu arah. 2-3 hari tak dapat nak tidur malam, asyik terjaga 3-4 pagi sebab terlalu panas (jangan nak mengada-ngada tanya kenapa tak switch on aircond. Rumah sewa mana ada aircond!)

Mula-mula macam biasa, sapu Calamine lotion. Hari pertama rasa pelik, 'kenapa tak ada soothing effect pun ubat ni, makin gatal ada la'. Hari kedua tengok label ubat. What!!. Ubat dah expired rupanya. Hampeh. Patut la tak mengubati. Cepat-cepat pergi farmasi, beli calamine lotion yang baru. Pagi petang siang malam la saya gigih sapu ubat tanpa gagal.

Masuk hari ke-5, macam tu juga. Tak ada perubahan. Worsening! Kat FB, layan tanya kawan saya, qualified pharmacist. Dia nasihatkan pergi jumpa pakar kulit. Usually calamine lotion dah boleh treat prickly heat tu katanya.

Selamba pergi Klinik 1 Malaysia. Hehe. Saya tak pergi pun klinik panel sebab tak suka doktor yang treat saya selama ni. MA yang bertugas tanya bla bla bla bla. Sekali dia kata, 'Awak ni mungkin kena fungal infection. Kalau tengok affected area, ni dah bukan sweat rash ni'. Dia pun bagi ubat dan bla bla bla....

Miconazole nitrate!

Whattt!! Ini ubat untuk treat fungal infection especially candidiasis (pharmacists yang baca ni,kalau salah tolong betulkan)

Dup! dap! dup! dap! Cuak!


~Saya kena infection dari makmal ke???~


Saturday, March 9, 2013

International Women's Day

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Hari Wania Sedunia!

Hidup saya dikelilingi ramai wanita. Saya ramai kawan wanita. Ramai saudara mara wanita. Senang cerita, saya ada ramai girl friends.

Dengan wanita, saya boleh cerita pelbagai perkara. Dari A-Z. Semua mereka boleh faham. Kalau tak faham sikit-sikit tu accpetable. Mana ada orang yang tahu semua benda kan.

Wanita juga yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus mencari apa sahaja yang saya inginkan. Apa sahaja yang saya hajatkan. Apa sahaja yang saya impikan.

Melihat wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing menjadikan mereka ini sebagai ikon yang sangat bernilai dalam membentuk diri saya sendiri. 'Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh?' Ada yang sebaya dengan saya tetapi dah berjaya dengan hidup mereka. Alhamdulillah, saya akan menyusul selepas ini.

Saya doakan semua wanita-wanita di dunia sentiasa dilindungi Allah dan terus menjadi pemangkin kecemerlangan institusi kekeluargaan.


p/s: Macam buat teks ucapan perhimpunan sekolah!



Wednesday, March 6, 2013

Tampar


Assalamualaikum.

Petang semalam saya pergi ke satu butik kecantikan (konon-kononnya) nak beli barang. Ada 2 peristiwa nak buat saya sentap.

Pertama.

Ada seorang wanita bawa anak kecil perempuan dalam lingkungan 4 tahun. Behave sangat budak tu. Setakat main sikit ok la, tapi dia tak buat bising, sibuk minta dukung ibu dia. Saya pun offer  kerusi suruh budak tu duduk sementara saya nak tengok barang. Saya pula ambil kesempatan usik-usik dan bual-bual dengan budak kecil tu sementara ibu dia buat bayaran di kaunter.Tiba-tiba budak tu terjun dari kerusi dan lari-lari dapatkan ibu dia dan terlanggar seorang makcik ni. Sikit je pun, cuma terlanggar handbag yang makcik tu bimbit. Yang buat saya sentap, ibu dia kata kat makcik tu, ‘Maaf kan saya kak, anak saya terlanggar beg akak’.

Perh! Tak pernah seumur hidup jumpa mak minta maaf bagi pihak anak kat depan orang ramai. Orang memang ramai sangat dalam tu. Ada beberapa orang termasuk saya tengok mak budak tu dan senyum. Makcik tu pun cool je. Yela bukan sampai jatuh pun terlanggar kan.

Kedua.

Orang makin ramai datang lepas waktu bekerja. Salah satunya, seorang makcik ni masuk dengan anak lelaki dalam umur 6 tahun. Masa masuk, budak lelaki tu meraung-raung nangis. Mak dia tak pujuk, tapi marah-marah. Semua yang ada dalam tu dah mula tengok-tengok. Maklum la, butik tu dah penuh dengan orang, budak menangis kuat pula tu, so memang annoying.

SLAP!

Mak budak tu tampar anak lelaki dia. Serius! Kuat gila dia tampar muka. Lepas tu dia letak budak tu depan pintu dan tutup. What??  Semua orang dalam butik tu terdiam, terberhenti aktiviti semua orang dalam 5 saat dan SEMUA tengok kat mak budak tu. Terkejut saya. Agak-agak la makcik oiii….

2 peristiwa dalam satu masa. Sewaktu tunggu giliran saya buat bayaran, saya teringat buku tulisan Ustaz Hasrizal dalam buku ini. Antara kandungannya adalah untuk menjaga maruah anak kecil dikalangan khalayak ramai. Ustaz ni cerita, kalau kita pukul anak dihadapan orang ramai, ini bermakna kita tak jaga maruah mereka dan mereka akan anggap kita tak sayang mereka.

Betul juga kan??.....


p/s: seingat saya parent tak pernah pukul saya depan orang ramai. panahan mata yang tajam dah buat saya takut nak buat hal... -__-!!

Monday, March 4, 2013

Pascal

Assalamualaikum.

Lagi.
Musibah datang lagi menjengah saya.
Berkilo Pascal.

Sabar.
Doa.
Selesaikan satu persatu.


p/s: Pandai-pandai la nak convert  pada unit lain. Boleh pilih atm, psi, Torr, bar atau sebagainya -__-!!

Saturday, March 2, 2013

Bau apa ni?

Assalamualaikum.

Tak ada kerja menghadap laptop main FB, terjumpa 'benda' ni. Gatal sangat tangan klik-klik dan dapat result macam ni. Suka hati kamu je nak judge saya. Padahal tak minat pun dengan Enchanteur ni. Suka-suka di kala duka lara.



p/s: wangian/perfume apa kegemaran anda?


Pindah (bhgn. 2)

Assalamualaikum.

Mari sambung misi pencarian rumah sewa baru saya.

Semalam saya pergi ke rumah yang saya jumpa dalam Mudah.com. Not bad. Saya pun setuju nak ambil dan nak load barang. Tengah saya load barang tu, tiba-tiba housemate rumah baru tu balik.

Housemate 1 (yang baru balik): Eh, awak siapa ye? Baru kan?

Saya: Ye. Saya....(perkenalkan diri, buat-buat peramah)

Housemate 2: (yang saya deal nak ambil bilik): Dia ni nak ganti tempat kita. So dah ada orang la nak duduk bilik ni nanti lepas kita pindah.

Housemate 1: Eh bukan ke dah ada 3 orang yang nak masuk....

Saya: DANG! (panic alarm activate!)

Terdiam saya dibuatnya. Apa ni, dah iklankan, saya pun dah confirm melalui SMS tiba-tiba macam ni pula. Saya pun stop loading barang. Biarkan mereka-mereka ni settle kan masalah. Jam masa tu dah pukul 3 petang. Nasib baik panas, tak hujan. Tak apa lah berpeluh sakan pun (agak-agak boleh lose weight lagi tak? hehe).

Dalam 10 minit lepas tu, ada 2 orang datang rumah tu. Rupanya housemate 3 dan kawan dia yang nak masuk tu. Saya duduk di kerusi luar bawah panas matahari. Tiba-tiba dengar mereka gaduh. Serius sakan gaduh siap jerit-jerit tinggikan suara. Terkesima saya. Dalam hati kata, 'Rileks la, bincang elok-elok tak payah la nak maki-maki dan marah-marah, respect orang la sikit....' Masa tu barang-barang saya dah ada dalam rumah. Mind dah set, 'Sure ni mesti tak dapat jugak, cepat-cepat cari alternatif lain...'

Nasib baik telefon tak boikot saya. Boleh la contact orang lain. Mana nak tidur malam ni? Jiwa kacau betul la. Tapi yang peliknya saya boleh cool je (memang la, sebab bilik kecil tu ada kan). Redha. Akhirnya, saya buat keputusan untuk tinggal dalam bilik kecil tu dahulu sementara nak cari bilik lain. Tak apa la, sekurang-kurangnya ada juga tempat nak tidur. 

Saya teringat buku yang ibu beli dan tunjukkan pada saya beberapa bulan lepas. Ibu kata, 'This is a good book for you, you MUST read it. Take time to read.' Ok, lepas ni nak pinjam ye ibu. Hehe.



Nak pindah sini. Ok berangan lagi.

Friday, March 1, 2013

Pindah

Assalamualaikum.

Ye, saya stress kena pindah rumah. Paling tak suka hal-hal pindah rumah lagi-lagi macam saya ni yang kena angkut semua barang dan harta seorang diri. Penat!!

Kenapa kena pindah?
Tuan rumah dah jual rumah yang kami duduk pada jiran sebelah. Jiran sebelah 'halau' (sebab asyik bising je tanya bila nak pindah) sebab nak buat renovation katanya. Iyelah.

Ke mana?
Sepatutnya saya pindah ke rumah yang kawan saya tinggalkan. Dah siap pergi tengok bilik. Dah confirm. Alih-alih semalam nak pergi jumpa untuk bayar deposit dan sewa, tiba-tiba kata tak jadi sewakan. What..!! Gelabah dibuatnya. Mana nak cari rumah lain. Mentang-mentang saya ni bukan local people, boleh la main-mainkan kan. Nanti kau! (konon-konon garang)

Malam tadi pergi ke rumah yang housemate lain nak pindah. Peh! kecilnya. Ayat kasarnya, 'reban ayam lagi besar'. Dah la 3rd room yang saya nak rent tu kecil teramat. Separuh dari bilik sekarang, tak ada soket. Disaster! Balik rumah terus Mudah.com dan iBilik mana tahu ada lagi rezeki kan. Lastly jumpa satu tapi jauh sikit, malam ni nak pergi tengok dulu. Harap-harap ok.


Sambil-sambil tu korek tabung tengok cukup tak nak beli penthouse. Ok ini berangan je. Eh tapi kalau saya dapat betul jangan marah yee...Last few weeks my lil cousin ada mention,

Lil cousin: Kak, nanti dah habis belajar, pindah la KL macam dulu

Saya: Bila masa pula pernah duduk KL, tu Shah Alam...

Lil cousin: Alaaa...sama je....tak pun beli la condo ke, penthouse kat KL ni. Nanti kitorang (dia dan adik-beradik) boleh datang...hehehe...

Saya: Uih...senangnya cakap...ingat macam suruh beli tudung baru ke? Fendi pun akak tengok dari jauh je tau...

Lil cousin: Alaaa....mesti bolehnya...ok, kita doakan, Ya Allah Ya Tuhan ku murahkan rezeki kak Yana supaya dia dapat beli penthouse kat KL dan kami boleh datang rumah dia selalu....

Saya: Suka hati kau la...





Ini semua BUKAN rumah baru saya yang nak pindah.

p/s: Stressnya bila kena pindah....... -__-!!