Wednesday, June 19, 2013

Luahan hati

Assalamualaikum.

Sekadar luahan hati…..

Ramai yang tahu saya ada beberapa biz online. Kenapa saya pilih untuk berniaga? Sebab lebih mudah dengan waktu bekerja. Suka hati nak kerja pukul berapa. Kalau kerja sambilan waktu belajar ni macam susah, mungkin sebab saya tak boleh nak bagi komitmen dengan masa. Tapi bila biz online ni biasa la, macam-macam hal boleh berlaku. Alhamdulillah setakat ni belum pernah pelanggan menipu. Cuma ada beberapa pelanggan yang sangat annoying.

Secara ringkas, peminat satu produk ni dikalangan ibu2, makcik2 dan nenek2 (senang cerita orang tua la kebanyakannya…ada je orang muda yang minat juga…) Makcik2 ni bila dah pandai main pesbuk, dah pandai ambil gambar duck face, dah pandai ambil gambar makanan dan post ‘Jemput makan…’ dan dah pandai nak shopping online…..HABIS LAAA…..mereka pun akan menunjukkan kehebatan mereka di dunia maya.

Lambat sikit hantar barang, habis melalak melolong dalam pesbuk. Padahal kita ni punya la sabar reserve barang tu lebih dari sebulan. Kenapa saya sanggup tunggu sampai sebulan? Sebab dia nak bulk, jadi saya pun senang nak berikant diskaun dan secara tak langsung boleh habiskan stok. Setakat 1-2pcs nak diskaun sampai 50% alahaiiii makcik…..nak bayar duit tandas awam pun tak lepas!

Saya dah beritahu yang saya ada peperiksaan akhir (selepas dia dah buat bayaran), jadi saya perlu tangguhkan penghantaran. Bukan berbulan2 tapi beberapa hari sahaja. Mula2 dia kata ok. Tapiii….sekali lepas saya habis exam, rupanya dia dah meroyan. Memang nasib saya la kan. Bagus juga Allah tangguhkan sekejap meroyan dia tu. Dibuatnya dia meroyan waktu saya exam, tak ke tak tenang jiwa ni. Dia punya tahap meroyan memang hebat. Saya malas nak cerita apa dia buat tapi dia berjaya memburukkan nama saya. Terima kasih makcik.  Jasamu dikenang.

Kesimpulannya, saya tetap tak kan berganjak dengan apa yang saya buat sekarang ni. Sebab saya tahu saya berniaga nak cari duit lebih, bukan nak menipu orang. Kalau betul saya nak menipu, baik saya pikat mana2 businessman , jadi gf diorang nak tipu puas2. Setakat nak menipu makcik tu alahaiii..tak berbaloi dengan hasilnya.

p/s: saya buyer dan seller online




Saturday, June 15, 2013

Sarapan Pagi.

Assalamualaikum semua!

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?

Dah lama saya tak update blog kan? Ok hari ini saya nak share sarapan hebat saya.

Hari-hari saya sarapan pagi dan makan malam mewah. Betul, saya tak tipu. MEWAH!. Sebabnya, penerima   Nobel Prize yang buatkan sarapan untuk saya (kelass kau jah...!). Jom semak sarapan sihat saya.

Herbalife Formula 1

Ada 5 perisa: Dari kiri: Cappucino, Coklat, Vanilla,Strawberi, Tropical
Kenapa best?
- Sebab ada 55 nutrien, 18 amino acid, fiber yang lengkap untuk saya.
- Cuma mengandungi 90-250 kalori setiap serving mengikut cara bancuhan

Herbalife Formula 3
- 6g protein tanpa lemak dan tanpa karbohidrat
- Membina otot
- Meningkatkan metabolisme badan
- Membantu mempercepatkan pengurangan berat badan

Herbal Aloe Concentrated
- Meningkatkan kadar penyerapan nutrien
- Anti-oksidan semula jadi untuk sistem immunity
- Detoksifikasi

Herbalife Tea Mix
- Mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori harian
- Memberi tenaga
- Sebagai antioksidan

Dan sekarang sila lihat siapa yang ambil sarapan yang sama dengan saya.....saya persilakan.....


Nak dapatkan sarapan yang sama macam kami?
Hubungi saya sekarang! 
Liyana 019-7273646
Facebook: Herbalife Online

Book review

Assalamualaikum.

Hari ini Rabu dan saya sepatutnya buat entri Wordless Wednesday. Tapi disebabkan saya tiada sebarang gambar menarik untuk dikongsikan bersama, jadi saya nak share buku yang saya beli baru-baru ini di Langkawi.



No. 1.
Buku: Going La La
Penulis: Alexandra Potter
Mukasurat: 318
Harga: RM16

Belum baca lagi. Cerita tentang kehidupan Frankie yang kehilangan segala-galanya yang dia ada dalam masa kurang dari seminggu. Dia hilang kerja, hilang flat mewah dan bf dia, Hugh. Kecewa, dia terbang ke LA dan tinggal dengan kawan lama yang menetap di LA. Tujuan dia pergi LA nak sort out her life tapi terjumpa pula dengan American photographer, Reilly. So, bila Hugh nak semula kat Frankie, dia kena buat keputusan sama ada nak pilih Hugh atau Reilly.

(macam gedik-gedik je cerita ni kan??)



No. 2
Buku: Summer of Love
Penulis: Katie Fforde
Mukasurat: 376
Harga: RM17

Belum mula baca lagi. Menceritakan tentang seorang ibu tunggal, Sian Bishop yang ada anak lelaki dan berpindah ke countryside. Dia ada perniagaan sendiri dan dah tak kisahkan pasal cinta. But in one summer evening, Gus Berresford ni muncul dalam hidup Sian. Sian dah ingatkan diri dia sendiri yang dia tak akan fall in love dengan Gus. Masalahnya, they had met each other before....haha.... Agak-agaknya Sian ni boleh ke untuk tak fall in love dengan Gus?



No. 3
Buku: The Memory Keeper's Daughter
Penulis: Kim Edwards
Mukasurat: 408
Harga: RM18

Saya baru mula baca ini. Mengisahkan seorang doktor 33 tahun yang baru berpindah ke Lexington, Kentucky dan berkahwin dengan gadis tempatan 22 tahun selepas setahun berkenalan di sebuah pasar raya. Dr David Henry terkenal sebagai seorang doktor yang sangat berdedikasi ketika menjalankan tugasan. Malam ketika isteri beliau melahirkan sepasang kembar telah mengubah hidup doktor ni. Doktor ni sendiri sambut kelahiran anaknya tapi dalam masa yang sama tak pernah tahu yang pasangan ni akan dapat twins. Seorang jururawat yang bertugas di klinik yang sama dengan Dr David Henry ni telah datang untuk membantu kelahiran sebab kelahiran ni jadi in autumn yang mana doktor banyak dah cuti. Isteri doktor ni melahirkan anak lelaki dan normal. Lepas tu, lahir anak perempuan tapi kembar ni menghidapi Down's Syndrome. Doktor ni arahkan jururawat ni bawa anak perempuan ni ke satu tempat dan serahkan kepada satu keluarga dan beritahu isteri beliau yang anak perempuan tu mati selepas dilahirkan.

Ok, saya baru baca sampai situ sahaja. Hehe. Cerita selebihnya tentang macam mana anak perempuan ni survive  dan macam mana doktor ni simpan rahsia keluarga tu. Not bad buku ni, cerita tentang keluarga. Saya suka. =)

Saya belum pernah baca novel tulisan ketiga-tiga penulis ini. Jadi kalau ada yang berkenan dan suka dengan novel-novel ni, boleh la cari dekat kedai buku berhampiran. Dalam masa yang sama kalau nak suggest novel-novel yang best boleh lah share  dengan saya.

Disclaimer: Saya tak dibayar sebarang komisyen untuk review novel mereka. ^__^