Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Sarapan Pagi.

Assalamualaikum semua!

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?

Dah lama saya tak update blog kan? Ok hari ini saya nak share sarapan hebat saya.

Hari-hari saya sarapan pagi dan makan malam mewah. Betul, saya tak tipu. MEWAH!. Sebabnya, penerima   Nobel Prize yang buatkan sarapan untuk saya (kelass kau jah...!). Jom semak sarapan sihat saya.

Herbalife Formula 1

Ada 5 perisa: Dari kiri: Cappucino, Coklat, Vanilla,Strawberi, Tropical
Kenapa best?
- Sebab ada 55 nutrien, 18 amino acid, fiber yang lengkap untuk saya.
- Cuma mengandungi 90-250 kalori setiap serving mengikut cara bancuhan

Herbalife Formula 3
- 6g protein tanpa lemak dan tanpa karbohidrat
- Membina otot
- Meningkatkan metabolisme badan
- Membantu mempercepatkan pengurangan berat badan

Herbal Aloe Concentrated
- Meningkatkan kadar penyerapan nutrien
- Anti-oksidan semula jadi untuk sistem immunity
- Detoksifikasi

Herbalife Tea Mix
- Mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori harian
- Memberi tenaga
- Sebagai antioksidan

Dan sekarang sila lihat siapa yang ambil sarapan yang sama dengan saya.....saya persilakan.....


Nak dapatkan sarapan yang sama macam kami?
Hubungi saya sekarang! 
Liyana 019-7273646
Facebook: Herbalife Online

Saturday, March 2, 2013

Pindah (bhgn. 2)

Assalamualaikum.

Mari sambung misi pencarian rumah sewa baru saya.

Semalam saya pergi ke rumah yang saya jumpa dalam Mudah.com. Not bad. Saya pun setuju nak ambil dan nak load barang. Tengah saya load barang tu, tiba-tiba housemate rumah baru tu balik.

Housemate 1 (yang baru balik): Eh, awak siapa ye? Baru kan?

Saya: Ye. Saya....(perkenalkan diri, buat-buat peramah)

Housemate 2: (yang saya deal nak ambil bilik): Dia ni nak ganti tempat kita. So dah ada orang la nak duduk bilik ni nanti lepas kita pindah.

Housemate 1: Eh bukan ke dah ada 3 orang yang nak masuk....

Saya: DANG! (panic alarm activate!)

Terdiam saya dibuatnya. Apa ni, dah iklankan, saya pun dah confirm melalui SMS tiba-tiba macam ni pula. Saya pun stop loading barang. Biarkan mereka-mereka ni settle kan masalah. Jam masa tu dah pukul 3 petang. Nasib baik panas, tak hujan. Tak apa lah berpeluh sakan pun (agak-agak boleh lose weight lagi tak? hehe).

Dalam 10 minit lepas tu, ada 2 orang datang rumah tu. Rupanya housemate 3 dan kawan dia yang nak masuk tu. Saya duduk di kerusi luar bawah panas matahari. Tiba-tiba dengar mereka gaduh. Serius sakan gaduh siap jerit-jerit tinggikan suara. Terkesima saya. Dalam hati kata, 'Rileks la, bincang elok-elok tak payah la nak maki-maki dan marah-marah, respect orang la sikit....' Masa tu barang-barang saya dah ada dalam rumah. Mind dah set, 'Sure ni mesti tak dapat jugak, cepat-cepat cari alternatif lain...'

Nasib baik telefon tak boikot saya. Boleh la contact orang lain. Mana nak tidur malam ni? Jiwa kacau betul la. Tapi yang peliknya saya boleh cool je (memang la, sebab bilik kecil tu ada kan). Redha. Akhirnya, saya buat keputusan untuk tinggal dalam bilik kecil tu dahulu sementara nak cari bilik lain. Tak apa la, sekurang-kurangnya ada juga tempat nak tidur. 

Saya teringat buku yang ibu beli dan tunjukkan pada saya beberapa bulan lepas. Ibu kata, 'This is a good book for you, you MUST read it. Take time to read.' Ok, lepas ni nak pinjam ye ibu. Hehe.



Nak pindah sini. Ok berangan lagi.

Friday, March 1, 2013

Pindah

Assalamualaikum.

Ye, saya stress kena pindah rumah. Paling tak suka hal-hal pindah rumah lagi-lagi macam saya ni yang kena angkut semua barang dan harta seorang diri. Penat!!

Kenapa kena pindah?
Tuan rumah dah jual rumah yang kami duduk pada jiran sebelah. Jiran sebelah 'halau' (sebab asyik bising je tanya bila nak pindah) sebab nak buat renovation katanya. Iyelah.

Ke mana?
Sepatutnya saya pindah ke rumah yang kawan saya tinggalkan. Dah siap pergi tengok bilik. Dah confirm. Alih-alih semalam nak pergi jumpa untuk bayar deposit dan sewa, tiba-tiba kata tak jadi sewakan. What..!! Gelabah dibuatnya. Mana nak cari rumah lain. Mentang-mentang saya ni bukan local people, boleh la main-mainkan kan. Nanti kau! (konon-konon garang)

Malam tadi pergi ke rumah yang housemate lain nak pindah. Peh! kecilnya. Ayat kasarnya, 'reban ayam lagi besar'. Dah la 3rd room yang saya nak rent tu kecil teramat. Separuh dari bilik sekarang, tak ada soket. Disaster! Balik rumah terus Mudah.com dan iBilik mana tahu ada lagi rezeki kan. Lastly jumpa satu tapi jauh sikit, malam ni nak pergi tengok dulu. Harap-harap ok.


Sambil-sambil tu korek tabung tengok cukup tak nak beli penthouse. Ok ini berangan je. Eh tapi kalau saya dapat betul jangan marah yee...Last few weeks my lil cousin ada mention,

Lil cousin: Kak, nanti dah habis belajar, pindah la KL macam dulu

Saya: Bila masa pula pernah duduk KL, tu Shah Alam...

Lil cousin: Alaaa...sama je....tak pun beli la condo ke, penthouse kat KL ni. Nanti kitorang (dia dan adik-beradik) boleh datang...hehehe...

Saya: Uih...senangnya cakap...ingat macam suruh beli tudung baru ke? Fendi pun akak tengok dari jauh je tau...

Lil cousin: Alaaa....mesti bolehnya...ok, kita doakan, Ya Allah Ya Tuhan ku murahkan rezeki kak Yana supaya dia dapat beli penthouse kat KL dan kami boleh datang rumah dia selalu....

Saya: Suka hati kau la...





Ini semua BUKAN rumah baru saya yang nak pindah.

p/s: Stressnya bila kena pindah....... -__-!!