Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.

Sepanjang tahun 2012 sehingga sekarang saya terima banyak jemputan perkahwinan kawan-kawan sama ada kawan-kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, asasi, universiti, tempat training dan tak kira dari mana pun. Lagi rancak sebulan dua sebelum cuti sekolah. Pantang buka FB, mesti ada sahaja jemputan. Itu belum lagi yang berduyun-duyun terima kad jemputan di rumah. Hampir 2-3 minggu sekali ibu atau abah akan beritahu ada kad jemputan sampai rumah.

Ibu: Kawan-kawan aby dah ramai ye yang dah kawin....

Saya: Haah....

Ibu: Bila majlis si ***** ?

Saya: Bulan 3. Kenapa? Ibu nak pergi ke?

Ibu: Eh apa pula ibu...aby tak nak pergi ke?

Saya: Tak lah rasanya. Jauh sangat, lagipun tak cuti.

Ibu: Ibu ingatkan selama ni aby ada affair dengan dia tu....

Saya: What the...(ok ni dalam hati je)....eh tak ada la...kawan je tu...kawan gila-gila, sebab tu ngam....


Jauhnya ibu saya ni fikir. Rileks ibu. Itu cuma kawan yang memang gila.
Saya pula bila? Ok cool  je ( yelah tu...) sooner or later nanti ada la jodoh saya (ayat nak sedapkan diri sendiri....hahaha)

Kepada semua sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumahtangga, saya ucapkan:

Selamat pengantin baru dan moga berkekalan setia hingga hujung nyawa (terpengaruh sangat ni).










Tuesday, January 15, 2013

Sahabat berangan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah habis exam. Mai sini nak komen pasal exam.

Technique in Pathology - Makaih! ni soalan apa ni?
Professional and Research Skill - Ok la kot.
Genomic and Medicine - As expected. Ok gak kot.
Proteomic and Medicine - Killing me!

Jangan tanya kenapa respon saya macam tu terhadap setiap satu paper. Perkara yang lalu jangan dikenang~

Malam habis exam, tak ada kerja kat rumah, SMS dengan my dear friend, Farhana. Ini isi kandungan SMS kami.

Saya: Awak, saya xda keja malam ni. Google pasal SKII...

Fana: SKII teraaaammmmat la mahal.

Saya: Tahu xpe. Awak, saya nak kawen dengan pilot. Haha. Merepek malam-malam.

Fana: Tibe je. Lol. Pilot selalu xde kat rumah.

Saya: Ala xpe la.

Fana: Kalo u kawin ngan pilot i nak order beg coach or lv kat oversea.Thanks. Hehe.

Saya: Ok np. Saya akan buat preorder untuk kawan2 and me myself akan ikut husband beli untuk awak. Huh, berangan.

Fana: Xpe. Apa salahnya berangan. So kat mana nak jumpa pilot?

Saya: Hari2 stay arrival hall and lepak cafe airport. Whatt??

Fana: U xde kawan pilot ke? Yg keja airasia tu?

Saya: Dah tak contact. Dia bukan pilot. Aircraft technician. Saya nak pilot. U xde kawan pilot ke?

Fana: Xde kawan pilot. I kan x kawan ngan laki. U mesti nak tdo kan?

Saya: Ok, set azam 2013. Nak cari pilot untuk dijadikan husband!

Ok itu SMS dari kami. Bosan dan release stress dengan SMS yang entah apa-apa. Tension sangat agaknya dengan exam. Itu yang merapu bukan-bukan.

Tiba-tiba hari ni saya baru dapat tahu pagi tadi Fana nak balik KL. Lepas ni terus nak ke Kelantan. APA? TIDAK!! Maksudnya saya last jumpa Fana hari Isnin lepas, keluar jalan-jalan makan Subway dekat Sunway Carnival sebab dia dah habis exam dan saya masih berbaki lagi 2 papers. Dia ajak tengok wayang pun saya tolak. Saya tanya Fana, bila nak jumpa lagi? Fana jawab, graduation day nanti kot. Waaaa....will missing you la Fana!

p/s: kurang 1 kawan nak gosip-gosip, kurang 1 kawan nak berangan-berangan, kurang 1 kawan nak pergi makan-makan, kurang 1 kawan nak ajak pergi gym (walaupun cuma sekali-sekala je).

~Kenapa saya suka kawan dengan Fana? Sebab dia orang pertama yang tegur saya masa hari orientasi~

Friday, January 4, 2013

Selamat ulangtahun ke 12!


Assalamualaikum semua!
Hari ni saya nak tangguh lagi 3 post yang tertunda tu (boleh refer entri sebelum ni). Sebabnya, nak buat entri khas sempena 12 tahun ODC…!
Yeay! ODC turn 12 today! ODC tu apa? Meh sini saya terangkan dengan panjang lebar…. =)

Pada sesiapa yang tak pernah tahu, zaman persekolahan saya dihabiskan di sekolah berasrama penuh selama 5 tahun. Ok, ye 5 tahun dari Tingkatan 1 (2001) hingga Tingkatan 5 (2005). Buat pertama kali dalam kehidupan 'manja' kena tinggalkan keluarga. Sebelum ni tak pernah nak kena kongsi bilik, kongsi bilik air, kongsi tempat belajar dan paling teruk kena tidur ramai-ramai dengan orang yang tak dikenali. Tapi 4 Januari 2001, kena daftar juga ke SMS Kota Tinggi Johor dan lalui semua ni.

Secara tak langsung, setiap 4 Januari dah jadi hari ulangtahun perkenalan kami semua. Sepanjang 5 tahun juga, pelbagai jenis ragam yang dah jumpa, pelbagai jenis kawan dah ada, pelbagai jenis perasaan dah discover. Bila habis sekolah, 4 Januari 2006 ingatkan semua orang dah lupakan tentang tarikh tu, tapi silap. Semua ODCian masih ingat akan tarikh penting tu dan seterusnya sentiasa diingati sehingga ke hari ini, 4 Januari 2013. Tak percaya? Ni antara ucapan dari rakan-rakan ODC sempena ulangtahun ODC yang ke 12.
selamat menduduki UPSR odc...hihi... (Apong, 2013)

Kalau ikut cerita dongeng, kita mesti naga yg dah level smua boleh kuar api sekali hembus panjang bako satu kampung~ dewasa dah smua.. HB guys. (Afzan, 2013)

Naga yang smakin garang, wlu 12 thun dah blalu, persaudaraan ODC masih utuh tak rapuh. Slmt ulgtahun ke 12 ODC !! (^___^) (Ayu. 2013)

Tahukah anda ODC dah patut masuk darjah 6 tahun ni? Selamat Ulangtahun yang ke-12 oiii! J
#ODC20012013 (Cekyam, 2013)

It have been a great long 12 years of knowing you guys as a family. A lot of things have mould me into somebody come from you guys. This family relationship is not just about schoolmate but some other important value that can't be achieved anywhere. Keep in touch guys and be there in helping each others for future. Thanks for being "ODC FAMILY"....#ODC20012013 (Kapt. Yus, 2013)

 
Kenapa naga? Pergi semak kalendar kuda. Nanti anda akan dapat jawapan yang sahih. =)

 
SELAMAT ULANGTAHUN KE 12 ODC!