Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Penny Maxi Dress ThePopLook (2)

Assalamualaikum...

New obsession ni memang teruk. Sebabnya penny dress ni memang sangat selesa nak pakai pergi mana-mana. Tak percaya? Tengok ni


Saya (kiri) dan Yana, coach Herbalife yang comel, kiut dan gojes.
Coach datang dari jauh ni nak terjah coachee yang selalu curi-curi makan.

Ok cerita semuala pasal penny. Oleh yang sedemikian tahap keselesaan penny ni....

Welcome my new collection


Plain Berry





LE Floral Blue

Kenapa suka Penny Dress ni? Sebab bila pakai boleh feeling comel macam dia ni.
(Perasaaannn... -_-! )









Tuesday, July 16, 2013

Penny Maxi Dress ThePopLook

Assalamualaikum...

Dari dulu memang teringin sangat sangat sangat nak pakai maxi dress. Kenapa? Sebab dari zaman kanak-kanak memang ada banyak dress yang comel. Padahal sebenarnya my parent kata dulu susah nak cari seluar untuk saya. Tak ada saiz -_-!!

Bila dah dewasa sikit pula lagi takut nak pakai dress. Masalah lain pula yang datang. Takut badan besar@demok, pakai maxi dress nanti ada pula yang tegur, ''Dah berapa bulan pregnant?" Ah sudahh...lagi haru nanti. Jadi, baik jangan pakai.

Sejak beberapa bulan lepas, memberanikan diri untuk cuba pakai maxi dress. Macam biasa, saya memang cerewet tentang material. Nak ini, tak nak itu. Harga pula biarlah berpatutan. Kalau untuk maxi dress pula, saya akan pastikan full lining. Iye, full lining dari atas sampai bawah. Tak suka yang separuh sampai bawah lutut. Seksi!

Oleh yang sedemikian (betul tak ayat ni?) Penny maxi dress keluaran ThePopLook memang memenuhi citarasa. Penny ni semua dah sold out kat store, jadi saya dapatkan daripada orang lain dengan harga yang lebih murah. Jadi pada sesiapa yang terbaca entri saya ni dan nak letgo penny, bolehlah inform saya ye. I am still hunting.
 My new obsession!


Mustard Mini Polka

Pink petals
(pink dan saya memang tak dapat dipisahkan)

Plain Dark Green
(saya ada pakai dalam entri ini)


Plain Teal

Sunday, July 14, 2013

Peplum fishtail comel

Assalamualaikum..

Semua orang tengah sibuk cerita pasal peplum kan. Ok tak ketinggalan juga saya. Tapi saya ada banyak kriteria untuk memilih peplum (demand).

1. Material hendaklah selain daripada lycra, cotton, spandex.
2. Bahagian bawah yang extra labuh.
3. Warna yang ceria!

Susah nak cari yang memenuhi citarasa saya ni. Akhirnya saya jumpa Padieka Raccolta. Cuba klik dan tengok rekaan mereka. Warna ceria. Dan ini antara yang menjadi kegemaran saya.

Apa yang menarik peplum kat sini ialah ada pelbagai saiz (S-XL), pelbagai kombinasi warna-warna yang ceria, material daripada high quality chiffon with full lining dan labuh seperti yang saya harapkan.

Royal blue


Purple

Pastel Blue

Red
Itu je. Saya tak mampu nak beli semua. Hehe..roboh nanti almari saya.