Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Pulau Langkawi, Kedah

Assalamualaikum.

Edisi 1 dan terakhir.
Lokasi: Pulau Langkawi, Kedah
Tarikh: Februari 2012 (CNY holiday)

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina kami sekeluarga ke Pulau Langkawi. Ok memang kerja gila pergi waktu peak hour macam ni. Cool je. Adventure konon-kononnya. Saya sendiri dah tak ingat ini kali ke berapa kami sekeluarga ke Langkawi tapi kali terakhir kami pergi adalah Julai 2011. Walaupun dah pergi banyak kali, tapi tetap ada sahaja tempat baru yang kami nak terokai ketika di Langkawi.

Tajuk: Cuti panjang Tahun Baru Cina 2013
Objektif: Meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Method (apa dalam bahasa melayu?) : Mandi pantai dan mandi air terjun.
Hipotesis: Semakin banyak kali pergi ke Pulau Langkawi, semakin sedikit gambar yang saya snap.
Kesimpulan: Pergi ke Pulau Langkawi jangan lupa bawa sunblock. Kami sekeluarga gunakan Fruit and Earth SPF50 dan hasilnya, kami kurang burn effect.

Santai
Untuk edisi kali ini, kami ke Pantai Pasir Tengkorak, Burau Bay dan Telaga Tujuh. Burau Bay worse place ever! Telaga tujuh kami pergi 7th well sahaja, tapi tempat memang cantik!

Shopping
Dan yang wajib setiap kali datang Langkawi dah tentulah beli cokelat kan.....(punah program diet ku..)
Whittakers, After Eight, Belgian No Sugar, Hershey's Cookies N Cream jadi pilihan.....(nomnomnom...)

Penginapan
Kami memang sukakan pantai kalau ke Langkawi dan setiap kali ke sana, kami akan pilih untuk menginap di Pantai Cenang. Malam sangat meriah dekat sini. Jalan kaki sepanjang jalan ada banyak kedai and stalls yang menarik untuk cuci mata terutama orang macam saya yang dah lama tak pergi ke Mid Valley ni (ok tak ada kaitan dengan entri). Kalau hujung minggu, 2 pagi masih steady. Oh ya, kami menginap di Rainbow Lodge. Tak mewah tapi sempoi. Jiran bilik saya semua mat saleh. Tak ada Malaysian langsung. Rupa-rupanya, lodge ni memang antara yang famous di TripAdvisor. Setakat kami yang nak tidur dan berjalan, memang sesuai sangat dengan harga penginapan dan kemudahan yang disediakan.


Rainbow Lodge Langkawi (boleh klik kalau berminat)

Maaf, gambar ni saya dapat dari En. Google. Sila baca hipotesis saya sebelum bertanya apa-apa.


Di Pantai Cenang ini juga ada satu kedai buku yang memang menjadi kegemaran saya. Setiap kali datang mesti nak singgah. Keistimewaan kedai buku ni adalah mereka menjual buku 2nd hand terutamanya novel. Sebut je nak apa, Jackie Collin, Jodi Picoult, J.K Rowling, Sophi Kinsella, Cecelia Ahern, ....semua ada. Tuan kedai adalah pakcik warga tempatan dan setiap kali saya jumpa dia, dia dengan semangat akan recommend buku yang menarik ikut minat saya. Even buku JK Rowling, The Casual Vacancy hardcover edition, 1st print pun pakcik ni offer pada saya. Price tag tulis RM25 tapi pakcik tu offer saya dengan harga RM23. Pheeww....nyaris beli tapi masalahnya saya tak pandai baca buku tulisan JK Rowling. End up beli novel lain dengan harga RM47 (harga asal RM49) untuk 3 novel. Berat pun berat la nak bawa naik feri, tak apa saya sanggup angkut!

Kedai ni bukan sahaja jual buku English tapi ada juga dari German, Holland dan pelbagai lagi. Bual-bual dengan makcik (wife taukey kedai) tanya kenapa novel bahasa Melayu sikit sangat. Panjang lebar dia cerita yang orangjarang nak jual novel Melayu. Saya balas,' Oh sama la dengan saya makcik, saya pun tak jual novel-novel Melayu saya. Ada simpan di rumah...' Makcik tu jawab, 'Kan makcik dah kata tadi, 9/10 orang tak akan jual, awak la orang no 9 tu....' -_-!!

Kadang-kadang rasa menarik lagi kedai buku pakcik ni daripada MPH. =)




Hanoi, Vietnam (Bhgn. Akhir)

Assalamualaikum.

Edisi 4.
Lokasi: Hanoi, Vietnam
Tarikh: September 2012.

Siri akhir penjelajahan ke Hanoi, Vietnam bersama Tupperware Trip Achiever 2012. Silakan...




Pemandangan yang rare. Selamba diorang ni berurus niaga depan hotel. Ini sebenarnya betul-betul di hadapan hotel tempat kami menginap. Senang cerita kami boleh jalan kaki ke hadapan untuk shopping. Ini memang taktik mereka. Tunggu depan hotel. Nak masuk tak boleh kan sebab security hotel memang sekerasnya tak beri kebenaran. Jangan risau, saya tak ada dalam gambar.



Ikutkan akak-akak yang belum habis shopping ni. Saya? Dah tak ada duit nak membeli-belah. Dalam purse tinggal Ringgit Malaysia sahaja. Maklumlah, pergi sebagai pelajar, jadi duit shopping  memang limited dan tak macam akak-akak/makcik-makcik ni semua. Oh ya! Akak yang duduk satu bilik dengan saya belanja shawl. Dia kata terima kasih sebab hari-hari tidur lambat temankan dia bual-bual. Hahahaha.....terima kasih kak! (Eh kejap, mana shawl  tu saya letak ye???)


Bersebelahan dan tidak jauh dari tempat urusniaga tadi, saya ternampak ni pula. Kopitiam Vietnam style.


Gambar yang paling rare dan paling berharga yang saya ada. Bukan boleh jumpa kat Malaysia ni. Cuba teka apa itu? Nak snap gambar ni pun saya kena tegur dengan akak-akak ni semua. Saya jawab, 'Ala kak, rare tu pemandangan macam ni mana ada kat Malaysia....' Lepas tu semua pakat gelakkan saya. Sabar je la.


Ini sewaktu dalam perjalanan dari hotel ke lapangan terbang. Nampak biasa kan gambar ni? Ok mari sini saya terangkan tentang gambar ini. Nampak tak batu-batu hitam tu? Ok itu sebenarnya kubur. Dan kawasan terbentang luas hijau tu adalah sawah padi. Ya, mereka akan tanam orang mati di kawasan sawah padi bagi tempoh 5 tahun. Kemudian, mereka akan gali semula, dan pindahkan kubur ni ke tanah perkuburan tetap. Tujuannya adalah untuk mengembalikan roh ke sawah padi yang bawa rezeki sebagai destinasi terakhir untuk mereka buat kebaikan. Hahaha...ok, saya makan nasi baja orang mati ke sepanjang di Vietnam?? No comments.



Dah sampai lapangan terbang. Jom terbang balik ke KL. 

Selamat tinggal Hanoi! Panjang umur kita berjumpa lagi =)

Thursday, January 24, 2013

Hanoi, Vietnam (Bhgn. 3)

Assalamualaikum.

Edisi 3
Lokasi: Hanoi, Vietnam
Tarikh: September 2012.

Teruskan perjalanan yang masih jauh.....

Hari Keempat

Banyak masa dihabiskan untuk membeli-belah. Masing-masing sibuk menghabiskan Dong dan Dollar yang ada. Kepada mereka yang tidak tahu untuk menghabiskannya, saya dengan baik hatinya memberikan perkhidmatan menghabiskan Dong dan Dollar secara percuma. Namun mungkin akibat kesilapan dari segi market strategy  dan pengiklanan, perkhidmatan saya ini tidak diendahkan. 



Vietnam silk


Vietnam brocade, cotton 


Vietnam opera house Hanoi


Maaf saya tak ingat nama kawasan ni. Tapi kawasan ni umpama Pavillion di Malaysia. Sebut la nak brand apa pun semua ada. Cap ayam ada?


Kenapa ambil gambar store Gucci sahaja? Sebab ini yang paling mudah nak snap gambar.


Hi-tea Hanoi style.


Night life? Pukul 10 malam dah sunyi.


Kawasan pasar. 


Kami ada grand dinner. Welcoming treats yang disediakan. 


Lagi.

Gambar saya ketika dinner? Oh tak perlu letak. Takut nanti ada yang histeria dan mogok tak nak makan 3 hari. 

Hari terakhir sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, saya akan buat satu entri khas.

Wednesday, January 23, 2013

Hanoi, Vietnam (Bhgn. 2)

Assalamualaikum.

Edisi 2.
Lokasi: Hanoi, Vietnam.
Tarikh: September 2012.


Mari sambung pengembaraan ke Hanoi, Vietnam.

Hari Ketiga


Muzium etnologi di Vietnam. 


Ho Chi Minh Mausoleum. 
Sayangnya tour guide kami tak bawa masuk makam.
Oh ya, mereka ada special army force yang bertugas untuk jaga kawasan makam ni.


Nampak tak apa sebenarnya yang saya nak tunjukkan? 
Cuba tengok kabel-kabel tu semua.


 Yang atas tak cukup rare? Tengok yang ni pula.


Mesti ada yang terfikir, 'macam mana orang 'TNB' Hanoi nak repair kalau serabut macam tu....'
Ok, ni jawapannya


Makcik ni jual minuman panas di tepi kaki lima. Sebenarnya masa ni kawan sedang sibuk tawar-menawar nak beli t-shirt. Tapi pemandangan ni juga yang menarik perhatian saya. Kebetulan ketika saya perhatikan makcik ni, ada pelanggan datang order air dari kedai berhampiran. Nampak tak termos tu? Jadi, makcik ni ada bawa beberapa (dalam 6-7 botol termos) untuk air panas. Jangan tanya air apa. Yang penting saya tak nampak Milo. Ini betul-betul rare kalau nak dibandingkan dengan Starbuck!


Nak beli roti?


Barang dagangan secara kandar yang simple dan diketahui oleh semua orang iaitu limau.
Soalan saya: Apakah nama alat penimbang yang digunakan itu? 


Sekali lagi. Barangan jualan adalah kacang.
Soalan yang sama. Apakah nama alat penimbang yang digunakan itu? 


Statistik semasa kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan. Saya pergi dah bulan September, betul ke tiada sebarang kemalangan dalam keadaan trafik yang terlalu sibuk tu? Atau papan ni tak update?

Dengan cool nya, tour guide saya jawab, 'Yes, it is very rare for accident to be happen here in Hanoi'.
Rare lagi.


Sebagai penutup hari ketiga, mari saya tunjuk bilik di Crowne Plaza yang kami menginap. 
Macam mana? Seksi?

Bersambung....

Monday, January 21, 2013

Hanoi, Vietnam (Bhgn. 1)

Assalamualaikum.

Edisi 1.
Lokasi: Hanoi, Vietnam.
Tarikh: September 2012.

Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Vietnam. Apa yang ada? Boleh tak saya nak minta tolong gambar-gambar sahaja yang bercerita. Bukankah picture speaks a thousand words.

Hari pertama


Arrival hall, HanoiAirport (Noi Bai) Vietnam.

Kami menaiki Vietnam Airlines, flight dalam pukul 7.30 pm. Waktu Vietnam adalah 1 jam lebih awal dari Malaysia. Jadi sampai sahaja, kami check in hotel, Crowne Plaza Hanoi. 

Hari Kedua


End of autumn. Itu semua adalah batang teratai dalam kolam. Kalau berbunga mesti cantik kan?


Tak payah susah-susah guna 4WD atau lori. Motorsikal? No problem.


Kurang faham. Tapi ini perkampungan kami buat kraf menggunakan tanah liat.


Ini kat Ayer Hitam, Johor pun ada. Kenapa nak pergi sampai Vietnam? 
(Adik, saya ni ikut trip je. Jadi jangan tanya)



Outdoor pre-graduation photoshoot. Slim habis semua.


Cantikkan? Ada banyak kolam-kolam kecil bekas kena bom.


Popia hidangan night party kami.


Hari-hari berikutnya saya akan update kemudian....

Saturday, January 19, 2013

Percutian

Assalamualaikum.....

Beberapa minggu yang lalu ibu ada bertanya mengenai holiday.

Ibu: Aby nak ikut ibu pergi Kelantan/Terengganu 24-27 Januari?

Saya: Ada apa?

Ibu: Tempat kerja ibu ada buat lawatan.

Saya: Tapi kan kita dah banyak kali pergi. Takpe la, ibu pergi dengan abah je ye.

Ibu: Kenapa aby tak nak pergi? Kan cuti panjang.

Saya: Ada event nak pergi kat KL. 26-27 tu.

Ibu: Event apa?

Saya: Event Herbalife.

Ibu: Ok. Baik-baik pergi KL.

Sejak akhir-akhir ni selalu sangat planning nak pergi holiday. Baru-baru ni planning dengan Fana nak pergi Japan lepas graduasi. Haha. Tak tahu la jadi ke tidak. Kami kan suka berangan. In sha Allah harap-harap menjadi. Ibu pun dah beri kebenaran kalau nak pergi dengan Fana.

Cuti Tahun Baru Cina pun terpaksa batalkan niat nak balik Johor. Parent  nak ajak pergi Pulau Langkawi. No problem. Sementara duduk di utara ni, mari kita jalan puas-puas kawasan ni. Lepas habis belajar nanti memang susah sangat nak datang kawasan ni.

p/s: Ada cadangan nak bercuti ke tempat yang menarik? Setakat ni belum pernah jejak kaki ke Sarawak. Ada orang Sarawak di sini?

Saturday, December 6, 2008

Thanks...

Hampir sebulan tak update blog..as what mat jang mention on my chatbox, 'blog ni dah berhabuk'...lgpun sibuk dan malas nk layan blog <----padahal blog sendiri! lepas raya dah study week for one week and exam week for three week....and as usual, we having 'some' fun after finishing our last paper...hehe
ok and now, semester break were start. no planning for my holiday vacation yet since a bad weather nowadays...yeah and when i wrote this blog, i'm just come back home from JB...just accompany my mom as she attending a seminar there....
for a three days being in JB, i went to my former secondary school with my few friends....thanks to izhar for your help 'searching' our friends....haha...i'm so sorry for shakan because his cert is not there..(i don't know why it happen...)
thanks to pjord for a nice shopping day eventhough it just two of us only while the others having their movies....thanks to koja, apong, izhar, linet, ammar and nado for our 'bowling tournament' but i hope pjord will join us for the next time....thanks to linet for sending me back to jusco...hehe..congratulations to pjord for your graduation day ..and last but not least for ammar, we will postpond our plan having an ice-cream together for next time<---hopefully by next sem, insyaAllah....hahaha...
p/s: akhirnya jmpe gak kawn2 lame pas tulis blog pasal 'Rindu'.....

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin pd semua kawn2. Wlaupun hari ni dh raya ke-7, tp sempat lg nk wish kn....


Seminggu cuti hari raya sgt memenatkan aku. Byk keje kene settlekn baik kat rumah sendri atau kampung aku. Nenek2 aku tunggu aku balik nak bg 'jawatan kosong'...hehe...xpe2 ni saya datang...


Perjalanan pulang berhari raya dn pulang dr braya plak sgt 'mencabar' keimanan aku....time kasih to my dearest friend yg kene dgr semua luahan hati aku....thnx gak sbb comfortkn aku..kesian kat dia abes cmua maki hamun aku kene dgr..time kasih ye awk!


Oh ye...cuti ari tu ade dpt jemputan kahwin dr kak afziha, senior kat skola dulu tp x dpt nak dtg...selamat pengantin baru kak afziha, semoga bhgia ke akhir hayat...


Balik dr cuti raya plak, byk test yg sedang menanti....adeyhh....slip exam dh ambil pg td...dn maksudnye Final Exam dh nk dekat...!!


p/s: ade x sape2 yg nk bg duit raya??