Showing posts with label campus. Show all posts
Showing posts with label campus. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Belajar lagi?


Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang dah tahu saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Kenapa saya pilih untuk sambung belajar lagi? Panjang ceritanya. Mari singkap (betul ke guna perkataan ni?) macam mana saya boleh ada niat nak sambung belajar.

Ogos 2010.
Saya grad  untuk Bachelor of Science (Hons) Genetic and Molecular Biology dari Universiti Malaya. Nama memang canggih, tapi bila dah habis belajar tepuk dahi sambil tanya, ‘kenapa la aku tak ambil business dulu’…

Disember 2010.
Saya sertai BeST program anjuran Malaysia Biotechcorp Sdn Bhd. Training untuk para graduasi yang menganggur. Classroom based selama 3 bulan dan industry attachment selama 3 bulan. Layankan. Dalam masa yang sama, apply nak sambung Master di UK. Alhamdulillah dapat tempat di East Anglia University, UK. 1 tahun. MSc. Plant Science and Environment (kalau tak silap nama course tu). Pendaftaran September 2011. Ok just nice. Gembira-gembira sambil cari biasiswa.

April 2010
Saya buat industry attachment di Shah Alam. Ada beberapa entri sebelum ni yang beritahu tempat kerja saya sebelum ni. Habis sahaja praktikal, ketua jabatan pelawa untuk terus kerja dalam jabatan yang sama. Alhamdulillah, murah rezeki. Tak perlu nak menganggur lagi. Dalam masa yang sama, saya cari biasiswa untuk ke UK.

2011.
Bermula dari bawah sebagai internship student, saya dapat jadi clinical trial assistant. Kerja sepenuh masa di pejabat. Tak ada kerja luar. Paling jauh pun pergi external training di sekitar KL dan Selangor. Seronok sebab ni bidang baru. Sesuai dengan saya yang tak sukakan kerja-kerja makmal tapi masih dalam bidang perubatan. Menjelang September 2011, saya masih tak dapat biasiswa. Tak berjaya. Ada yang cadangkan, pergi sahaja. Biasiswa uruskan kemudian. Pernah satu hari hujung minggu (Sabtu kalau tak silap), saya dah pergi nak mendaftar untuk IELTS. Tiba di parking kereta, saya masih lagi ragu-ragu. Betul ke ni nak sambung belajar di UK? Bincang-bincang semula, saya batalkan niat. Tapi dalam masa yang sama, saya extend my offer letter  sampai intake berikutnya, September 2012.

2012.
Saya dapat promotion untuk jadi clinical research associate. Kerja lebih mencabar dan banyak kerja luar. Sebulan pergi Ipoh 1-2 kali. Oh ye, saya drive sendiri ke Ipoh. Tak apa, sebab saya memang suka travel. Cuma saya tak sempat nak pergi mana-mana international conference, belum ada rezeki. Saya juga mendaftarkan diri untuk sambung belajar di USM sebagai pilihan kedua. Julai, saya berhenti kerja dan rehat selama sebulan. September, saya mendaftarkan diri sebagai mahasiswa semula.

Sekarang
Sekarang, saya sedang melanjutkan pelajaran MSc. Medical Research secara coursework. Alhamdulillah dah habis 1 semester. In sha Allah ada lagi 1 semester untuk dihabiskan dan semoga dapat grad September 2013 nanti. Dah habis 1 semester ni pun saya dah mula cari peluang-peluang kerja yang menarik. Mana tahu kalau-kalau dapat kerja di Denmark! Haha.

p/s: Sepatutnya ada masa free ni tulis la dissertation! Bukan update blog lagi. (Tak pe la, yang penting dah tak ada hutang entri dengan cik blog saya ni)

Thursday, August 6, 2009

Perangai

Helo my dear blog....
Hehe..tiba-tiba pulak suka buka blog setiap hari. Kenapa ya? Padahal tak ada apa-apa pun yang nak dikongsikan. Ok serba sedikit tentang jadual aku hari ni. Pagi tadi ada kelas Basic Chemistry pukul 9-10pagi. Lepas tu bergegas ke Asasi dengan Ida. Sampai sahaja di sana, kami disambut dengan 'senyuman manis' kawan-kawan. "Hari ni kelas batal laa....". Aishh...sekali dua kelas tak ada daa. Semua batal. Alamak ada perjumpaan senior-junior genetik pukul 1tengahari. Sekarang baru pukul 1030pagi. Apa nak buat?? Aku ambil keputusan untuk pergi perpustakaan untuk habiskan mana-mana bacaan yang dah berhutang tu. Pukul 1tengahari aku baru gerak ke makmal GM3 untuk perjumpaan.
Semasa perjumpaan,
Mengikut pengiraan kasar aku, seramai 21 orang senior tahun tiga (tahun empat tak datang takpe, anda semua dikecualikan) yang turun padang dan 16 orang junior tahun satu dan tahun dua yang hadir. Apa kes ni?? Baik tak yah buat perjumpaan. Jumpa je classmate aku dalam kelas lepas kuliah. Lebih menyedihkan, budak-budak Melayu yang tak hadir. Kenapa tak nak datang? Tak nak kenal dengan senior2 ke? Dah boleh hidup tanpa bantuan kami ke? Sedangkan kami dulu pun perlukan senior untuk minta pendapat dan bantuan dari mereka. Kalau rasa dah boleh, baguslah. Punya la sanggup senior datang balik ke jabatan sedangkan kelas hari ni semua batal, ada yang datang dalam keadaan yang tak sihat, ada yang tangguhkan untuk masuk makmal buat projek semata-mata nak hadiri perjumpaan ni. Kenapa tak nak datang juga? Ok berhenti cerita pasal perjumpaan ni. Biarlah mereka dengan alam mereka.
Kenapa perlu memilih untuk berkawan? Memang aku akui kita perlu memilih kawan untuk dijadikan kawan supaya kita tidak disesatkan dengan masalah-masalah yang bakal menyusahkan kita dikemudian hari. Tetapi perlu ke mendiskriminasikan antara latar belakang pendidikan? Kenapa budak fakulti sains hanya boleh berkawan dengan mereka yang datang dari fakulti yang sama? Hebat sangat ke anda semua tu dengan hanya dapat menjadi mahasiswa/i fakulti sains? Jangan sampai anda memalukan diri sendiri bila keputusan exam tak bagus, dibawah pemerhatian dan ulang subjek hanya kerana sikap suka membangga diri tu. Malu aku jadi budak fakulti sains bila ada junior yang berperangai macam tu. Walaupun aku bukan lagi duduk di kolej kediaman yang lama, tapi aku adalah sebahagian daripada mereka. Aku tahu perihal-perihal mereka. Tolonglah ubah mentaliti yang tidak baik tu.
Beberapa minggu lepas, aku datang kolej tu lepak-lepak dengan kawan-kawan yang duduk kolej tu. Ada beberapa cerita yang tak seronok didengar. Aku yakin mereka tak tahu yang aku ni pun salah sorang daripada senior kolej tu juga. Bukan nak cakap yang semua orang mesti kenal aku, tapi minta maaf la aku kata, dulu masa aku jadi junior, aku masih boleh kenal senior yang dah tak duduk kolej tu lagi malah senior yang dah grad pon ada yang kenal walaupun setakat 2-3 orang je. Bukan nak menjaja muka supaya senior kenal tapi jangan lah sampai dikatakan menyombong dengan senior. Apalah salahnya sekadar melemparkan senyuman walaupun tak ikhlas mana pun senyuman tu. Mungkin mereka tak pernah terfikir satu hari nanti mereka tetap akan cari senior-senior ni untuk bantuan. Jangan bagi alasan tak ada masa, sedangkan mereka (senior) lebih banyak kerja yang lebih penting untuk dilakukan. Aku berani kata sebab aku pun pernah jadi junior, aku bukan junior kesayangan semua orang sebab ada juga yang memusuhkan aku. Tapi itulah hakikat. Jadilah yang sederhana, bukan baik untuk membodek dan bukan buat jahat untuk dibenci.
p/s: Kenapa entri hari ni banyak pasal junior-senior? Adakah aku mendiskriminasikan mereka?