Thursday, December 24, 2009

Terakhir

Tarikh akhir menulis dalam blog sendiri 23 Ogos 2009 dan hari ni 24 Desember 2009, maksudnya dah 4 bulan tak datang jenguk blog sendiri. Bukan tak diperuntukkan masa tapi malas nak buat update.


Esok PH Krismas dan kepada semua rakan-rakan yang beragama Kristian, Merry Christmas!
esok PH dan aku tak akan masuk makmal tapi tak tahu nak pergi mana!


Dan lagi 3 hari saja lagi, semester akhir masuk sebelum aku keluar dan buat latihan industri untuk 8 minggu. Kat mana? Belum decide lagi, result exam yang kat rumah pun belum ambil lagi untuk dilampirkan bersama resume dan segala macam jenis surat sokongan daripada pensyarah. Harap-harap semua berjalan lancar.


Aku ada masa 2 bulan saja lagi nak selesaikan kerja-kerja makmal dan beransur tulis report untuk penilaian akhir. 8 jam kredit tu!! Macam2 boleh diubah dengan 8 jam tu.


Dan terkhir, ada 7 hari nak masuk tahun baru, 2010.



2010???




p/s: update hari ni dah macam countdown pula...

Sunday, August 23, 2009

heartless...

Tadi aku ternampak satu gambar kat dalam facebook. Dengan jayanya gambar tu dah buatkan aku rase x gembira. Kenapa? Ntah la. Patut la dia beria2 sangat nak ke sana. Mungkin sebab tu dia nak sangat pergi sana walau dengan apa cara sekali pun. Dia x kisah pun kalau aku x pergi sama. Mungkin sebab itu. Adakah saya cemburu?



p/s: I hate this kind of feeling....

Thursday, August 6, 2009

Perangai

Helo my dear blog....
Hehe..tiba-tiba pulak suka buka blog setiap hari. Kenapa ya? Padahal tak ada apa-apa pun yang nak dikongsikan. Ok serba sedikit tentang jadual aku hari ni. Pagi tadi ada kelas Basic Chemistry pukul 9-10pagi. Lepas tu bergegas ke Asasi dengan Ida. Sampai sahaja di sana, kami disambut dengan 'senyuman manis' kawan-kawan. "Hari ni kelas batal laa....". Aishh...sekali dua kelas tak ada daa. Semua batal. Alamak ada perjumpaan senior-junior genetik pukul 1tengahari. Sekarang baru pukul 1030pagi. Apa nak buat?? Aku ambil keputusan untuk pergi perpustakaan untuk habiskan mana-mana bacaan yang dah berhutang tu. Pukul 1tengahari aku baru gerak ke makmal GM3 untuk perjumpaan.
Semasa perjumpaan,
Mengikut pengiraan kasar aku, seramai 21 orang senior tahun tiga (tahun empat tak datang takpe, anda semua dikecualikan) yang turun padang dan 16 orang junior tahun satu dan tahun dua yang hadir. Apa kes ni?? Baik tak yah buat perjumpaan. Jumpa je classmate aku dalam kelas lepas kuliah. Lebih menyedihkan, budak-budak Melayu yang tak hadir. Kenapa tak nak datang? Tak nak kenal dengan senior2 ke? Dah boleh hidup tanpa bantuan kami ke? Sedangkan kami dulu pun perlukan senior untuk minta pendapat dan bantuan dari mereka. Kalau rasa dah boleh, baguslah. Punya la sanggup senior datang balik ke jabatan sedangkan kelas hari ni semua batal, ada yang datang dalam keadaan yang tak sihat, ada yang tangguhkan untuk masuk makmal buat projek semata-mata nak hadiri perjumpaan ni. Kenapa tak nak datang juga? Ok berhenti cerita pasal perjumpaan ni. Biarlah mereka dengan alam mereka.
Kenapa perlu memilih untuk berkawan? Memang aku akui kita perlu memilih kawan untuk dijadikan kawan supaya kita tidak disesatkan dengan masalah-masalah yang bakal menyusahkan kita dikemudian hari. Tetapi perlu ke mendiskriminasikan antara latar belakang pendidikan? Kenapa budak fakulti sains hanya boleh berkawan dengan mereka yang datang dari fakulti yang sama? Hebat sangat ke anda semua tu dengan hanya dapat menjadi mahasiswa/i fakulti sains? Jangan sampai anda memalukan diri sendiri bila keputusan exam tak bagus, dibawah pemerhatian dan ulang subjek hanya kerana sikap suka membangga diri tu. Malu aku jadi budak fakulti sains bila ada junior yang berperangai macam tu. Walaupun aku bukan lagi duduk di kolej kediaman yang lama, tapi aku adalah sebahagian daripada mereka. Aku tahu perihal-perihal mereka. Tolonglah ubah mentaliti yang tidak baik tu.
Beberapa minggu lepas, aku datang kolej tu lepak-lepak dengan kawan-kawan yang duduk kolej tu. Ada beberapa cerita yang tak seronok didengar. Aku yakin mereka tak tahu yang aku ni pun salah sorang daripada senior kolej tu juga. Bukan nak cakap yang semua orang mesti kenal aku, tapi minta maaf la aku kata, dulu masa aku jadi junior, aku masih boleh kenal senior yang dah tak duduk kolej tu lagi malah senior yang dah grad pon ada yang kenal walaupun setakat 2-3 orang je. Bukan nak menjaja muka supaya senior kenal tapi jangan lah sampai dikatakan menyombong dengan senior. Apalah salahnya sekadar melemparkan senyuman walaupun tak ikhlas mana pun senyuman tu. Mungkin mereka tak pernah terfikir satu hari nanti mereka tetap akan cari senior-senior ni untuk bantuan. Jangan bagi alasan tak ada masa, sedangkan mereka (senior) lebih banyak kerja yang lebih penting untuk dilakukan. Aku berani kata sebab aku pun pernah jadi junior, aku bukan junior kesayangan semua orang sebab ada juga yang memusuhkan aku. Tapi itulah hakikat. Jadilah yang sederhana, bukan baik untuk membodek dan bukan buat jahat untuk dibenci.
p/s: Kenapa entri hari ni banyak pasal junior-senior? Adakah aku mendiskriminasikan mereka?

Wednesday, August 5, 2009

Bayar hutang..

Selamat Hari Jadi.....Happy Birthday!!



30 Julai 2009.
Aku secara rasminya masuk 2++ tahun. Orang kata dah dapat tiket kebebasan yang sebenar. Tetapi aku tak percaya dengan tiket ni. Nak g mana2 pun tetap kena minta kebenaran kat ibu bapa lagi. Bukan nak jadi anak manja selama-lamanya tetapi tak nak parent aku risau. Dan kadangkala dengan memberitahu mereka arah tujuan atau sesuatu perkara yang aku nak buat, mereka akan memberikan idea atau nasihat yang selalu aku lupa (sama ada memang tak tahu atau buat-buat lupa). Terima kasih kepada ibu bapa aku yang selama ini sabar membesarkan aku walaupun aku ni selalu buat perangai sendiri. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang dah wish birthday aku. terharu pada kawan-kawan yang ingat birthday aku sedangkan belum tentu aku ingat birthday mereka semua. Maafkan aku ye kawan-kawan.



3 Ogos 2009.
Aku ada appointmet dengan klinik gigi kat Fakulti Pergigian UM hari ni. Pagi-pagi lagi dah siap-siap dan ambil teksi ke sana. Seperti biasa jalani rawatan macam sebelum ni (dah lali dengan sakit buat rawatan, padahal dulu sangat fobia dengan doktor gigi..rasa macam nak tendang dan marah je kat doktor tu.) Sementara tunggu teksi nak pulang untuk ke kelas, aku terima panggilan telefon daripada kawan baik aku. Aku dapat berita yang sangat memeranjatkan. Adik kepada kawan kami baru sahaja baru meninggal dunia pada hari semalam (2 Ogos) akibat endocarditis dan disahkan dijangkiti H1N1. Innalillahhiwainnailahirojiun. Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Kawan aku ni classmate masa tingkatan 4delima dulu. Setahun je dapat satu kelas sama-sama. Kalau keluarga kawan aku ni datang melawat dia, aku pernah kacau-kacau adik dia ni sebab dia sangat nakal. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Salam takziah buat sahabatku dan ahli keluarganya.



p/s: aku tak tahu lagi sama ada pergi atau tidak majlis tu....

Saturday, July 25, 2009

Regenerate..

Assalamualaikum....
Dah lama tak bertandang ke blog sendiri. Selalu jenguk blog orang lain saje...wwee~~
Sekarang aku dah masuk tahun tiga. Hopefully it become my final year. Lots of work and reading have to be done. Ohh ye! Aku dapat buat projek tahun ni dengan Prof Madya Dr Jennifefr Anna Harikrishna. Dr Jenni bagi tajuk 'Isolation MYB gene sequences from orchid'. Actually in this project, I will use Dendrobium hybrid orchid (orkid yang warna purple terang dan ada petal yang besar). Su Ee and Sook Yi (both of them are postgraduate student will help me through out these two semester project). I already meet them yesterday and Su Ee had gave me a one full page briefing on what I sholud do (of course with some do and dont's attitude n lab). We (I mean me and all my friends under Dr Jenni as supervisor) had a nice, friendly and helpful senior. Eventhough we're still new in research field, they encourage us to learn more in lab and beyond hat we're doing.
Okay, just a little intro on what I will do with this orchid.
1. DNA extraction
2. Primer design
3. Test primer
4. RNA extraction
5. Cloning
6. Sequencing
I don't have any experience doing all these except paper theory and additional reading from Wiki. Project will start very soon and what I should do now is read, read and more read.
pssst: not forget also for literature review, proposal writing and thesis. (^_*)v
And today, I had one more workshop before I am going for my internship in third semester. I joined class title 'Personal Branding' conducted by two men from......eemmm....alamak! tak ingat.
We had group task on making our own brand and I enjoyed myself. 9am till 130pm session quite too short for me as I make a new friends and interact with each other.
Selalu terfikir nak tutup je blog ni sebab dah lama sangat tak buat entri. Patutkah aku? Tolong bagi cadangan...
p/s: thanks to paan for visiting my blog and make it useful for you to find Syarikat Kamal. =D

Thursday, April 9, 2009

Today

Nothing much to post today....
I'm going for final year project presentation this evening....
most of them doing well...


How about me next year?


p/s: harap2 dapat buat projek semester depan...

Monday, April 6, 2009

Nasihat dan Teladan...

'Saya seronok belajar'. Habis semua status aku letak macam tu.
But I really mean it. Belum pernah lagi semester ni aku rasa gembira masa belajar, dengan rela hati dan ikhlasnya aku belajar. Bukan sekadar sebab esok ada ujian, tapi atas nasihat seorang kawan yang aku terima dengan hati terbuka.

kawan: ko tgh wtpe ni?


aku: x buat ape2. aku de test esok





aku: tp mals r nk study





kawan: ish x baik mals2





kawan: seronok tau blaja





kawan: kalo dlu aku blaja mcm mne aku blja skrng, kompem aku dpt 10a...hahaha





aku: ye ke? msti ko rjen study kn..





aku: x mcm aku ni..





kawan: rase nyesal plak dlu x blja rjen2 cm skrg ni..





blablabla.....-end-





Mula-mula tak beri sebarang kesan pada aku semua yang dia kata. Tapi bila fikir-fikir balik, aku setuju dengan apa yang dia bagitau. Padahal dulu dia jauh lebih rajin dari aku, tapi dia kata dia malas. Jadi aku yang malas ni makin malas la ye? Betul kata dia sebenarnya seronok bila belajar dengan ikhlas dan tanpa rasa terpaksa. Kalau dia sedar akan kesilapan lalu dan berusaha mengubahnya, kenapa aku tak pernah terfikir? Adakah awak dah rasa diri awak cukup hebat, cukup pandai dan cukup rajin wahai Iylia Liyana? Dan bila dipraktikkan, aku tak rasa terbeban sedikit pun (walaupun sebenarnya banyak lagi yang belum dibaca untuk ujian esok).








p/s: terima kasih atas nasihat anda wahai sahabat!



Saturday, April 4, 2009

I-We-They-You.

Yes I know.....
I didn't write anything on March. Learning month for me with lots new experienced I through out. My mom in hospital for one whole day , my dad get an accident and worse, someone treat me with no respect. I think he should learn more to respect not only me, but also other women outside. Please, I'm not as cheap as your gf and YOU are. Thanks to my beloved friend for your kindness. Of course you will see my tears if you are here. Congratulation to Kak DD for your becoming wedding day and insyaAllah I will be there.
p/s: I miss my Abang.... =(

Monday, February 23, 2009

Test (part 2)

'Highlighter' warna-warni penghias nota kuliah......


Pensil dan pemadam ku yang sedia berkhidmat.....




Diari akademik yang sentiasa menemaniku ke mana sahaja.....



Gula-gula pemberian rakan sekelas......



Jurnal pertama yang perlu aku habiskan.....



Jurnal kedua yang perlu ku khatamkan.....




Nota kuliah yang perlu aku langsaikan hutang bacaanya.....




p/s: capture gambar dalam perpustakaan petang tadi sebab bosan dan penat ulangkaji....balik bilik terus masukkan dalam blog......~peace~


Tuesday, February 17, 2009

Test 1 (part 1)

Pg td ade test Bioinformatics & Phylogenetics part Prof Yasmin…huhu..4 topik utk 17 soalan…yg haruk nye smlm baru tahu test tu arini (sbb ingtkn khamis ni)…so dlm 1 mlm je kene abes kn study (tu la sape suro bace Microbial Genetic je….hehe..padan muke aku…)..leh jwb ke x? hehe….ok la kot…mne yg tahu, jwb la sungguh2, mne yg x tahu, cuba la jwb gak…


Jeng..jeng…jeng….leps test ade sesuatu yg brlaku…hehe…sape yg tau tu jdkn la pengajaran (w/pun aku the last person yg dpt tau…)..jgn la buat mnde2 x baik tu…xgune pon….


Pas abes kelas g library jap…wwaaaa…lame x g library..npe dh lame ye?? Ooo00o…sbb library tgh sibuk cat sane sini…malas nk g…bucuukk!! Penin pale bau cat…tp td g gak…x smpai 2 jam dah kua…x tahan..pale dh penin…sblum trmuntah dlm library baik kua cept2….adeyh…teruk tol la….


Punye la lame x g library, smpai nk pinjm buku pon x tau yg kene self-service skrg..hehe…menarik2<----cam excited sket tgk self-service machine tu…kesian budak ni…


Lepas ni ade bbrpa test lg yg perlu dilalui….harap2 brjln lancar
p/s: x baik meniru wktu test/exam/assignment....t x berkat ijazah yg dlm genggaman tu.

Thursday, February 5, 2009

Mood...

Dah lame x buka blog…..lameeee sgt…..skrng pkul 12.58 mlm mase aku ngadap blog…aku baru balik dr training boling utk SUKMUM mngu depan…..penat, letih…kelas dari 9 pg sampai 5 ptg…tiba2 balik bilik rumate plak kate ade training boling mlm…so trpksa terus ngadap laptop nak siapkan group assignment yang ade baki sikit je lg…..seda2 je dah pkul 7.30mlm….8.30mlm dah nk g Pin Junction kat Cineleisure Damansara….perghh….penat…sangat letih…


Hah aku nk tanye.....nape susah sgt nk ckp terus terang je dgn alasan xnk aku mkn aty….tp kn senang kalo cakp je…ni x bg byk alasan…byk dalih2…eeeiiii…aku benci, geram n sakit aty….dlm keta otw g Cineleisure aku diam je…x brckp sepatah pun…sbb aku sedeyh bile org wat cmtu kat aku…..bergenang je air mate…naseb baik dak2 lain xperasn…dgn skali je aku kerdip mate, jatuh air mate aku….memng teramat sgt sedih…ingat lain kali jgn janji ape2 dgn aku….aku x suke…


Mood terus hilang….dgn penat n sakit aty…spjg jln naik escalator pon aku byk kali menguap….seyes sgt letih….main 3 frame pon rase mcm x berbaloi….x perform…x focus….member2 dh mule prasan…tp aku cube gak main cam biasa coz xnk hilngkn mood member2 lain…..


Dan esok pagi, aku ade kelas pkul 8pg….skrng nk masuk tdo….selamat mlm..


p/s: hati yg sakit x siapa pun akan tahu…

Sunday, January 4, 2009

Happy Anniversary..!!

HAPPY 8TH ANNIVERSARY DRAGONSS ODYSSEY!
SAKTIAN 2001-2005
4th JANUARY 2001
MAY ALLAH BLESS ALL OF US!