Selamat Hari Jadi.....Happy Birthday!!
30 Julai 2009.
Aku secara rasminya masuk 2++ tahun. Orang kata dah dapat tiket kebebasan yang sebenar. Tetapi aku tak percaya dengan tiket ni. Nak g mana2 pun tetap kena minta kebenaran kat ibu bapa lagi. Bukan nak jadi anak manja selama-lamanya tetapi tak nak parent aku risau. Dan kadangkala dengan memberitahu mereka arah tujuan atau sesuatu perkara yang aku nak buat, mereka akan memberikan idea atau nasihat yang selalu aku lupa (sama ada memang tak tahu atau buat-buat lupa). Terima kasih kepada ibu bapa aku yang selama ini sabar membesarkan aku walaupun aku ni selalu buat perangai sendiri. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang dah wish birthday aku. terharu pada kawan-kawan yang ingat birthday aku sedangkan belum tentu aku ingat birthday mereka semua. Maafkan aku ye kawan-kawan.
3 Ogos 2009.
Aku ada appointmet dengan klinik gigi kat Fakulti Pergigian UM hari ni. Pagi-pagi lagi dah siap-siap dan ambil teksi ke sana. Seperti biasa jalani rawatan macam sebelum ni (dah lali dengan sakit buat rawatan, padahal dulu sangat fobia dengan doktor gigi..rasa macam nak tendang dan marah je kat doktor tu.) Sementara tunggu teksi nak pulang untuk ke kelas, aku terima panggilan telefon daripada kawan baik aku. Aku dapat berita yang sangat memeranjatkan. Adik kepada kawan kami baru sahaja baru meninggal dunia pada hari semalam (2 Ogos) akibat endocarditis dan disahkan dijangkiti H1N1. Innalillahhiwainnailahirojiun. Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Kawan aku ni classmate masa tingkatan 4delima dulu. Setahun je dapat satu kelas sama-sama. Kalau keluarga kawan aku ni datang melawat dia, aku pernah kacau-kacau adik dia ni sebab dia sangat nakal. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Salam takziah buat sahabatku dan ahli keluarganya.
p/s: aku tak tahu lagi sama ada pergi atau tidak majlis tu....
2 comments:
adik sape yg meninggal ek?
adik apye..
Post a Comment