Saturday, March 9, 2013

International Women's Day

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Hari Wania Sedunia!

Hidup saya dikelilingi ramai wanita. Saya ramai kawan wanita. Ramai saudara mara wanita. Senang cerita, saya ada ramai girl friends.

Dengan wanita, saya boleh cerita pelbagai perkara. Dari A-Z. Semua mereka boleh faham. Kalau tak faham sikit-sikit tu accpetable. Mana ada orang yang tahu semua benda kan.

Wanita juga yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus mencari apa sahaja yang saya inginkan. Apa sahaja yang saya hajatkan. Apa sahaja yang saya impikan.

Melihat wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing menjadikan mereka ini sebagai ikon yang sangat bernilai dalam membentuk diri saya sendiri. 'Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh?' Ada yang sebaya dengan saya tetapi dah berjaya dengan hidup mereka. Alhamdulillah, saya akan menyusul selepas ini.

Saya doakan semua wanita-wanita di dunia sentiasa dilindungi Allah dan terus menjadi pemangkin kecemerlangan institusi kekeluargaan.


p/s: Macam buat teks ucapan perhimpunan sekolah!



No comments: