Friday, July 19, 2013

Ditipu Penipu Tertipu

Assalamualaikum.

UPDATE: ENTRI INI SAYA PERBAHARUI PADA 19/7. SAYA TELAH BERJAYA MENDAPATKAN REFUND. CASE CLOSE!

Baca tajuk waktu-waktu macam ni, mesti orang akan ingat saya nak komen tentang Ashraf Muslim dan Dayana.

Oh tidak! Itu urusan mereka. Tiada kaitan dan saya tidak akan masuk campur.

Dah. Malas nak buat opening banyak-banyak. Apa yang saya paparkan di bawah ini adalah cerita sebenar dan saya adalah mangsanya.

Selamat membaca.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua.Hari ini saya nak share pengalamna yang kurang menarik saya berurusan dengan Beautskin Essence.

Pada 17/5 saya berminat untuk membeli serum dan bertanyakan beberapa soalan di inbox. Sungguh cekap mereka membalas sebarang pertanyaan dan meyakinkan saya dengan produk. Hari yang sama juga saya membuat bayaran untuk produk yang saya berminat. 

Saya terima barang pada 20/5 tetapi mengejutkan kerana barang yang sampai tidak mencukupi. Saya beli 5 botol serum, yang sampai hanya 2 botol. Ada nota dalam resit yang lagi 3 botol akan diposkan secepat mungkin. Yang peliknya masa saya order tak ada pula beritahu yang produk yang saya minat tu dah kehabisan stok.

Saya tunggu matahari jadi warna pink untuk dapatkan produk seperti yang dijanjikan. Akhirnya 8/6 saya pm inbox sekali lagi bertanyakan baki barang saya. 10/6 baru mereka reply soalan saya dan kata owner sakit dan mereka bertanyakan barangan yang belum dapat dan berjanji akan poskan secepat mungkin. Kecewa sekali lagi, 19/6 saya inbox sekali lagi dan saya minta refund dan dah tak berminat dengan produk. Admin minta saya hubungi Azida (012-3245747) untuk urusan refund. Bagus, salah mereka, saya yang kena tanggung duit kredit untuk cari mereka. Saya sms pada hari yang sama dan dapat reply kata barang baru sampai dan akan poskan. Saya dah tak berminat dan minta refund tapi terus mereka diam membisu.

8/7 saya pm lagi sekali bertanyakan tentang refund dan mereka minta segala macam maklumat saya untuk semakkan yang entah betul ke tidak tu. 12/7 masih lagi tiada refund dan saya pm lagi sekali dan mereka jawab Azida akan hubungi saya namun matahari masih belum pink. 14/7 saya pm lagi sekali dan 15/7 mereka reply kata akan selesaikan secepat mungkin.

Hari ni 19/7 dan saya dah taknak pm inbox lagi. Saya nak paparkan di sini buat tatapan bakal pembeli. Saya juga penjual online, sebab tu saya sabar dan berkomunikasi secara baik melalui inbox. Bukan niat nak tutup periuk nasi tetapi saya rasa tertipu dengan janji manis mereka. Refund saya hanya RM15. Saya bukan minta RM15 ribu. Kepada anda yang lain nak membeli, fikir2kan lah.

Ok. Orang mungkin akan kata. Alahai dik, RM15 je pun. Iye akak, abang, pakcik,makcik, RM15 tu pun duit juga. Saya membeli, bukan minta saudara mara mereka yang bayarkan. Kalau ada yang nak bagi komen, "Bulan Ramadhan ni sedekah jela dik". Maaf, bukan ini tempat yang saya rasa sesuai untuk bersedekah. Niat sedekah saya ada pada benda lain dan in sha Allah saya sedang berusaha untuk lakukan.

Nak tahu online shop nie? Ini dia, silalah 'order' Beautskin Essence. Rupanya di page ada beberapa pelanggan lain yang kena. Masa saya beli pada bulan 5 tu page ni belum ada ramai kipas susah mati lagi. Seribu pon belum ada lagi.

4 comments:

munamuni said...

siannya Ilya... huhu aptb..pernah gak terfikir nak gune beautiskin ni ..tapi mahaiii

alyalyana said...

haha...yg nak try tu serum...x best sgt pun....so skrg ni makan Maixara White Essential dengan Maixara C Sential. Yg ni ok. Memang nampak perubahan. Sebab tu decide nak jadi dealer. Nak try boleh la bgtau kita ye. Harga pun berpatutan. =)

J.Syazwana said...

oh iylia sebab tu aku ni takut nak beli online. rm15 pon duit ape. aku pegi giant kene tipu rm2 pon aku mintak refund kot. hahaha.

alyalyana said...

sebenarnya aku selalu je beli online. memang kerap pun. tapi ni 1st time aku kena. nasib baik dapat balik. =)