Friday, January 4, 2013

Selamat ulangtahun ke 12!


Assalamualaikum semua!
Hari ni saya nak tangguh lagi 3 post yang tertunda tu (boleh refer entri sebelum ni). Sebabnya, nak buat entri khas sempena 12 tahun ODC…!
Yeay! ODC turn 12 today! ODC tu apa? Meh sini saya terangkan dengan panjang lebar…. =)

Pada sesiapa yang tak pernah tahu, zaman persekolahan saya dihabiskan di sekolah berasrama penuh selama 5 tahun. Ok, ye 5 tahun dari Tingkatan 1 (2001) hingga Tingkatan 5 (2005). Buat pertama kali dalam kehidupan 'manja' kena tinggalkan keluarga. Sebelum ni tak pernah nak kena kongsi bilik, kongsi bilik air, kongsi tempat belajar dan paling teruk kena tidur ramai-ramai dengan orang yang tak dikenali. Tapi 4 Januari 2001, kena daftar juga ke SMS Kota Tinggi Johor dan lalui semua ni.

Secara tak langsung, setiap 4 Januari dah jadi hari ulangtahun perkenalan kami semua. Sepanjang 5 tahun juga, pelbagai jenis ragam yang dah jumpa, pelbagai jenis kawan dah ada, pelbagai jenis perasaan dah discover. Bila habis sekolah, 4 Januari 2006 ingatkan semua orang dah lupakan tentang tarikh tu, tapi silap. Semua ODCian masih ingat akan tarikh penting tu dan seterusnya sentiasa diingati sehingga ke hari ini, 4 Januari 2013. Tak percaya? Ni antara ucapan dari rakan-rakan ODC sempena ulangtahun ODC yang ke 12.
selamat menduduki UPSR odc...hihi... (Apong, 2013)

Kalau ikut cerita dongeng, kita mesti naga yg dah level smua boleh kuar api sekali hembus panjang bako satu kampung~ dewasa dah smua.. HB guys. (Afzan, 2013)

Naga yang smakin garang, wlu 12 thun dah blalu, persaudaraan ODC masih utuh tak rapuh. Slmt ulgtahun ke 12 ODC !! (^___^) (Ayu. 2013)

Tahukah anda ODC dah patut masuk darjah 6 tahun ni? Selamat Ulangtahun yang ke-12 oiii! J
#ODC20012013 (Cekyam, 2013)

It have been a great long 12 years of knowing you guys as a family. A lot of things have mould me into somebody come from you guys. This family relationship is not just about schoolmate but some other important value that can't be achieved anywhere. Keep in touch guys and be there in helping each others for future. Thanks for being "ODC FAMILY"....#ODC20012013 (Kapt. Yus, 2013)

 
Kenapa naga? Pergi semak kalendar kuda. Nanti anda akan dapat jawapan yang sahih. =)

 
SELAMAT ULANGTAHUN KE 12 ODC!

No comments: