Sunday, January 20, 2013

Belajar lagi?


Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang dah tahu saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Kenapa saya pilih untuk sambung belajar lagi? Panjang ceritanya. Mari singkap (betul ke guna perkataan ni?) macam mana saya boleh ada niat nak sambung belajar.

Ogos 2010.
Saya grad  untuk Bachelor of Science (Hons) Genetic and Molecular Biology dari Universiti Malaya. Nama memang canggih, tapi bila dah habis belajar tepuk dahi sambil tanya, ‘kenapa la aku tak ambil business dulu’…

Disember 2010.
Saya sertai BeST program anjuran Malaysia Biotechcorp Sdn Bhd. Training untuk para graduasi yang menganggur. Classroom based selama 3 bulan dan industry attachment selama 3 bulan. Layankan. Dalam masa yang sama, apply nak sambung Master di UK. Alhamdulillah dapat tempat di East Anglia University, UK. 1 tahun. MSc. Plant Science and Environment (kalau tak silap nama course tu). Pendaftaran September 2011. Ok just nice. Gembira-gembira sambil cari biasiswa.

April 2010
Saya buat industry attachment di Shah Alam. Ada beberapa entri sebelum ni yang beritahu tempat kerja saya sebelum ni. Habis sahaja praktikal, ketua jabatan pelawa untuk terus kerja dalam jabatan yang sama. Alhamdulillah, murah rezeki. Tak perlu nak menganggur lagi. Dalam masa yang sama, saya cari biasiswa untuk ke UK.

2011.
Bermula dari bawah sebagai internship student, saya dapat jadi clinical trial assistant. Kerja sepenuh masa di pejabat. Tak ada kerja luar. Paling jauh pun pergi external training di sekitar KL dan Selangor. Seronok sebab ni bidang baru. Sesuai dengan saya yang tak sukakan kerja-kerja makmal tapi masih dalam bidang perubatan. Menjelang September 2011, saya masih tak dapat biasiswa. Tak berjaya. Ada yang cadangkan, pergi sahaja. Biasiswa uruskan kemudian. Pernah satu hari hujung minggu (Sabtu kalau tak silap), saya dah pergi nak mendaftar untuk IELTS. Tiba di parking kereta, saya masih lagi ragu-ragu. Betul ke ni nak sambung belajar di UK? Bincang-bincang semula, saya batalkan niat. Tapi dalam masa yang sama, saya extend my offer letter  sampai intake berikutnya, September 2012.

2012.
Saya dapat promotion untuk jadi clinical research associate. Kerja lebih mencabar dan banyak kerja luar. Sebulan pergi Ipoh 1-2 kali. Oh ye, saya drive sendiri ke Ipoh. Tak apa, sebab saya memang suka travel. Cuma saya tak sempat nak pergi mana-mana international conference, belum ada rezeki. Saya juga mendaftarkan diri untuk sambung belajar di USM sebagai pilihan kedua. Julai, saya berhenti kerja dan rehat selama sebulan. September, saya mendaftarkan diri sebagai mahasiswa semula.

Sekarang
Sekarang, saya sedang melanjutkan pelajaran MSc. Medical Research secara coursework. Alhamdulillah dah habis 1 semester. In sha Allah ada lagi 1 semester untuk dihabiskan dan semoga dapat grad September 2013 nanti. Dah habis 1 semester ni pun saya dah mula cari peluang-peluang kerja yang menarik. Mana tahu kalau-kalau dapat kerja di Denmark! Haha.

p/s: Sepatutnya ada masa free ni tulis la dissertation! Bukan update blog lagi. (Tak pe la, yang penting dah tak ada hutang entri dengan cik blog saya ni)

No comments: