Wednesday, January 30, 2013

My 1st Spectacular! (Bhgn. 1)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya berpeluang ke Herbalife Spectacular 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dari 25-27 Januari 2013. Tapi saya cuma menghadirkan diri 26 dan 27 Januari sahaja.

Jumaat, 25 Januari 2013.

Pagi-pagi lagi dah siap dan terus pergi makmal dengan harapan dah boleh tengok result culture semalamnya. (Ya, saya masuk makmal hari Khamis yang jatuh public holiday. Tak mengapa, berkorban cuti demi master konon-kononnya). Sampai makmal belum boleh view result sebabnya belum cukup 24 jam.

Akak lab: Eh, awak kata nak pergi KL hari ni?

Saya: Ye kak, memang nak pergi tapi nak tengok culture dulu. Tapi belum cukup 24 jam. Belum menjadi sangat.

Akak lab: Tak apa. Awak gerak je ke KL. Nanti dah petang sikit akak akan tengokkan dan simpan. Baik awak pergi sekarang, nanti petang hujan. 

Saya: Ok kak. Terima kasih ye tolong saya.

Alhamdulillah ada yang sudi nak tolong saya. Tepat pukul 10 pagi, saya memulakan perjalanan dan setiba di Sg. Buloh, hujan lebat yang teramat sangat. Nasib baik belum lepas jejantas Sg. Buloh dan saya terpaksa berhenti sebab betul-betul tak nampak nak drive. Lepas 30 minit masih belum berhenti. Tak boleh jadi ni, tekad nak teruskan perjalanan. Akhir sekali sampai di The Academia pukul 7.30pm.

Malam dapat jumpa kawan-kawan dan sponsor saya yang comel, Yana Saiful dengan baby Herbalife, Imran. Bincang apa yang kami nak cari untuk event pada esok harinya. Syukur ada matlamat sebenarnya kenapa saya nak hadirkan diri ke event terutamya untuk new comer  macam saya ni. Sponsor pun baik, bagi gambaran untuk hari esoknya.

Apa yang berlaku pada saya hari berikutnya? Nanti saya sambung...



Thursday, January 24, 2013

Hanoi, Vietnam (Bhgn. 3)

Assalamualaikum.

Edisi 3
Lokasi: Hanoi, Vietnam
Tarikh: September 2012.

Teruskan perjalanan yang masih jauh.....

Hari Keempat

Banyak masa dihabiskan untuk membeli-belah. Masing-masing sibuk menghabiskan Dong dan Dollar yang ada. Kepada mereka yang tidak tahu untuk menghabiskannya, saya dengan baik hatinya memberikan perkhidmatan menghabiskan Dong dan Dollar secara percuma. Namun mungkin akibat kesilapan dari segi market strategy  dan pengiklanan, perkhidmatan saya ini tidak diendahkan. 



Vietnam silk


Vietnam brocade, cotton 


Vietnam opera house Hanoi


Maaf saya tak ingat nama kawasan ni. Tapi kawasan ni umpama Pavillion di Malaysia. Sebut la nak brand apa pun semua ada. Cap ayam ada?


Kenapa ambil gambar store Gucci sahaja? Sebab ini yang paling mudah nak snap gambar.


Hi-tea Hanoi style.


Night life? Pukul 10 malam dah sunyi.


Kawasan pasar. 


Kami ada grand dinner. Welcoming treats yang disediakan. 


Lagi.

Gambar saya ketika dinner? Oh tak perlu letak. Takut nanti ada yang histeria dan mogok tak nak makan 3 hari. 

Hari terakhir sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, saya akan buat satu entri khas.

Wednesday, January 23, 2013

Merah jambu

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya berkesempatan untuk ke cawangan Swatch di Queensbay Mall untuk baiki (tukar bateri sebenarnya) jam yang sudah tidak bernyawa semenjak beberapa minggu sebelum peperiksaan. Saya masuk dewan peperiksaan tanpa jam tangan hingga kesudah. Selesai urusan baiki jam, saya ternampak sesuatu yang berjaya menarik perhatian saya.

Saya: New collection? (sambil tunjuk gambar di kaunter)

Salesman: Yes, for our Valentine's colection. Wanna have a look?

Saya: Sure! (pantang dipelawa)

Salesman: (bersungguh dia cerita dan promote jam tu pada saya)

Saya: It's so nice but I don't think to have it now (padahal sebenarnya.....)

Salesman: It's ok. Seems like you are one of the Swatch fan.

Saya: Yes I am. (grin)



 Collection: Valentine Special
 Bekas jam. Sweet kan.=)
Both


Ok, baru saya faham kenapa design tahun ni macam tu. Ada love tapi nampak komponen dalam jam. Because TRUE LOVE HAS NOTHING TO HIDE =)

Kredit: Swatch Official Website

Hanoi, Vietnam (Bhgn. 2)

Assalamualaikum.

Edisi 2.
Lokasi: Hanoi, Vietnam.
Tarikh: September 2012.


Mari sambung pengembaraan ke Hanoi, Vietnam.

Hari Ketiga


Muzium etnologi di Vietnam. 


Ho Chi Minh Mausoleum. 
Sayangnya tour guide kami tak bawa masuk makam.
Oh ya, mereka ada special army force yang bertugas untuk jaga kawasan makam ni.


Nampak tak apa sebenarnya yang saya nak tunjukkan? 
Cuba tengok kabel-kabel tu semua.


 Yang atas tak cukup rare? Tengok yang ni pula.


Mesti ada yang terfikir, 'macam mana orang 'TNB' Hanoi nak repair kalau serabut macam tu....'
Ok, ni jawapannya


Makcik ni jual minuman panas di tepi kaki lima. Sebenarnya masa ni kawan sedang sibuk tawar-menawar nak beli t-shirt. Tapi pemandangan ni juga yang menarik perhatian saya. Kebetulan ketika saya perhatikan makcik ni, ada pelanggan datang order air dari kedai berhampiran. Nampak tak termos tu? Jadi, makcik ni ada bawa beberapa (dalam 6-7 botol termos) untuk air panas. Jangan tanya air apa. Yang penting saya tak nampak Milo. Ini betul-betul rare kalau nak dibandingkan dengan Starbuck!


Nak beli roti?


Barang dagangan secara kandar yang simple dan diketahui oleh semua orang iaitu limau.
Soalan saya: Apakah nama alat penimbang yang digunakan itu? 


Sekali lagi. Barangan jualan adalah kacang.
Soalan yang sama. Apakah nama alat penimbang yang digunakan itu? 


Statistik semasa kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan. Saya pergi dah bulan September, betul ke tiada sebarang kemalangan dalam keadaan trafik yang terlalu sibuk tu? Atau papan ni tak update?

Dengan cool nya, tour guide saya jawab, 'Yes, it is very rare for accident to be happen here in Hanoi'.
Rare lagi.


Sebagai penutup hari ketiga, mari saya tunjuk bilik di Crowne Plaza yang kami menginap. 
Macam mana? Seksi?

Bersambung....

Monday, January 21, 2013

Hanoi, Vietnam (Bhgn. 1)

Assalamualaikum.

Edisi 1.
Lokasi: Hanoi, Vietnam.
Tarikh: September 2012.

Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Vietnam. Apa yang ada? Boleh tak saya nak minta tolong gambar-gambar sahaja yang bercerita. Bukankah picture speaks a thousand words.

Hari pertama


Arrival hall, HanoiAirport (Noi Bai) Vietnam.

Kami menaiki Vietnam Airlines, flight dalam pukul 7.30 pm. Waktu Vietnam adalah 1 jam lebih awal dari Malaysia. Jadi sampai sahaja, kami check in hotel, Crowne Plaza Hanoi. 

Hari Kedua


End of autumn. Itu semua adalah batang teratai dalam kolam. Kalau berbunga mesti cantik kan?


Tak payah susah-susah guna 4WD atau lori. Motorsikal? No problem.


Kurang faham. Tapi ini perkampungan kami buat kraf menggunakan tanah liat.


Ini kat Ayer Hitam, Johor pun ada. Kenapa nak pergi sampai Vietnam? 
(Adik, saya ni ikut trip je. Jadi jangan tanya)



Outdoor pre-graduation photoshoot. Slim habis semua.


Cantikkan? Ada banyak kolam-kolam kecil bekas kena bom.


Popia hidangan night party kami.


Hari-hari berikutnya saya akan update kemudian....

Wanita berjaya

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak share  seorang wanita yang saya kagumi. Mula-mula dengar nama dia terus, 'Ya Allah, hebatnya dia...!' 


Kredit: Encik Google Image.

Aireen Omar.
Kenal?

Kalau anda ada baca suratkhabar dalam bahagian Bisnes, mungkin akan ternampak gambar dia. Lebih-lebih lagi sekitar bulan Jun-Julai 2012 kalau tak silap. Kenapa saya kagum dengan dia?

Aireen Omar merupakan CEO syarikat tambang murah Malaysia, AirAsia yang menggantikan Tan Sri Tony Fernandes selepas beliau ke Jakarta. Iye, seorang wanita berjaya yang memegang jawatan besar. Kagum! Beliau ni kelulusan degree London School of Economics and Political Science dan master dari New York University dalam bidang economic degree. Sebenarnya Aireen ni dah lama dengan AirAsia, cuma saya yang tak kenal dan tak pernah tahu ada wanita hebat dalam AirAsia.

Sebelum ni pernah dengar interview Wanita Hari Ini (WHI) bersempena azam baru. Memang amaze dengan cara dia bercakap, cara dia dress up, cara dia jawab soalan. Sangat sopan santun bila jawab soalan. Pakaian memang superb, simple and elegance. Sesuai sangat dengan kedudukan dia dalam dunia korporat. 

Baru semalam saya tengok interview Nona dengan dia. Dia share, 'Selepas saya tamatkan pengajian di London, saya nak berniat nak sambung pelajaran di US sebab saya bercita-cita nak kerja di Wall Street.' (Ok ayat mungkin tak sama tapi macam tu la isi kandungannya). Apa? Cita-cita dia nak kerja di Wall Street?? Memang dream big! Tapi sebelum dia balik ke Malaysia, dia memang bekerja dalam sektor kewangan. 

Saya tahu ramai orang kat luar sana yang sibuk tanya, dah kahwin ke dia? berapa umur dia? Ok, jangan nak mengada-ngada tanya saya. Saya bukan PA dia dan saya tak berminat nak tahu personal life dia. Saya cuma kagum dengan kerjaya dia. 

Lain kali saya akan update lagi apa sahaja tentang dia yang saya rasa saya nak share dengan semua orang.

Saya kagum dengan beliau. Agak-agak boleh ke jumpa dengan Aireen Omar ni? Kalau dapat jumpa dan berbual dengan dia memang saya akan jadi orang paling gembira. =)

p/s: Maaf, saya tak berminat nak kagum-kagum dengan artis-artis. Sebelum ni saya kagum dengan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. (Kenapa saya kagum dengan orang-orang yang berkaitan dengan bisnes dan ekonomi ni?)

Oh ye! Kredit juga kepada Mr. Aziz Laikar atas segala maklumat. Cheers!

Sunday, January 20, 2013

Belajar lagi?


Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang dah tahu saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Kenapa saya pilih untuk sambung belajar lagi? Panjang ceritanya. Mari singkap (betul ke guna perkataan ni?) macam mana saya boleh ada niat nak sambung belajar.

Ogos 2010.
Saya grad  untuk Bachelor of Science (Hons) Genetic and Molecular Biology dari Universiti Malaya. Nama memang canggih, tapi bila dah habis belajar tepuk dahi sambil tanya, ‘kenapa la aku tak ambil business dulu’…

Disember 2010.
Saya sertai BeST program anjuran Malaysia Biotechcorp Sdn Bhd. Training untuk para graduasi yang menganggur. Classroom based selama 3 bulan dan industry attachment selama 3 bulan. Layankan. Dalam masa yang sama, apply nak sambung Master di UK. Alhamdulillah dapat tempat di East Anglia University, UK. 1 tahun. MSc. Plant Science and Environment (kalau tak silap nama course tu). Pendaftaran September 2011. Ok just nice. Gembira-gembira sambil cari biasiswa.

April 2010
Saya buat industry attachment di Shah Alam. Ada beberapa entri sebelum ni yang beritahu tempat kerja saya sebelum ni. Habis sahaja praktikal, ketua jabatan pelawa untuk terus kerja dalam jabatan yang sama. Alhamdulillah, murah rezeki. Tak perlu nak menganggur lagi. Dalam masa yang sama, saya cari biasiswa untuk ke UK.

2011.
Bermula dari bawah sebagai internship student, saya dapat jadi clinical trial assistant. Kerja sepenuh masa di pejabat. Tak ada kerja luar. Paling jauh pun pergi external training di sekitar KL dan Selangor. Seronok sebab ni bidang baru. Sesuai dengan saya yang tak sukakan kerja-kerja makmal tapi masih dalam bidang perubatan. Menjelang September 2011, saya masih tak dapat biasiswa. Tak berjaya. Ada yang cadangkan, pergi sahaja. Biasiswa uruskan kemudian. Pernah satu hari hujung minggu (Sabtu kalau tak silap), saya dah pergi nak mendaftar untuk IELTS. Tiba di parking kereta, saya masih lagi ragu-ragu. Betul ke ni nak sambung belajar di UK? Bincang-bincang semula, saya batalkan niat. Tapi dalam masa yang sama, saya extend my offer letter  sampai intake berikutnya, September 2012.

2012.
Saya dapat promotion untuk jadi clinical research associate. Kerja lebih mencabar dan banyak kerja luar. Sebulan pergi Ipoh 1-2 kali. Oh ye, saya drive sendiri ke Ipoh. Tak apa, sebab saya memang suka travel. Cuma saya tak sempat nak pergi mana-mana international conference, belum ada rezeki. Saya juga mendaftarkan diri untuk sambung belajar di USM sebagai pilihan kedua. Julai, saya berhenti kerja dan rehat selama sebulan. September, saya mendaftarkan diri sebagai mahasiswa semula.

Sekarang
Sekarang, saya sedang melanjutkan pelajaran MSc. Medical Research secara coursework. Alhamdulillah dah habis 1 semester. In sha Allah ada lagi 1 semester untuk dihabiskan dan semoga dapat grad September 2013 nanti. Dah habis 1 semester ni pun saya dah mula cari peluang-peluang kerja yang menarik. Mana tahu kalau-kalau dapat kerja di Denmark! Haha.

p/s: Sepatutnya ada masa free ni tulis la dissertation! Bukan update blog lagi. (Tak pe la, yang penting dah tak ada hutang entri dengan cik blog saya ni)