Thursday, December 24, 2009

Terakhir

Tarikh akhir menulis dalam blog sendiri 23 Ogos 2009 dan hari ni 24 Desember 2009, maksudnya dah 4 bulan tak datang jenguk blog sendiri. Bukan tak diperuntukkan masa tapi malas nak buat update.


Esok PH Krismas dan kepada semua rakan-rakan yang beragama Kristian, Merry Christmas!
esok PH dan aku tak akan masuk makmal tapi tak tahu nak pergi mana!


Dan lagi 3 hari saja lagi, semester akhir masuk sebelum aku keluar dan buat latihan industri untuk 8 minggu. Kat mana? Belum decide lagi, result exam yang kat rumah pun belum ambil lagi untuk dilampirkan bersama resume dan segala macam jenis surat sokongan daripada pensyarah. Harap-harap semua berjalan lancar.


Aku ada masa 2 bulan saja lagi nak selesaikan kerja-kerja makmal dan beransur tulis report untuk penilaian akhir. 8 jam kredit tu!! Macam2 boleh diubah dengan 8 jam tu.


Dan terkhir, ada 7 hari nak masuk tahun baru, 2010.



2010???




p/s: update hari ni dah macam countdown pula...

No comments: