Wednesday, March 6, 2013

Tampar


Assalamualaikum.

Petang semalam saya pergi ke satu butik kecantikan (konon-kononnya) nak beli barang. Ada 2 peristiwa nak buat saya sentap.

Pertama.

Ada seorang wanita bawa anak kecil perempuan dalam lingkungan 4 tahun. Behave sangat budak tu. Setakat main sikit ok la, tapi dia tak buat bising, sibuk minta dukung ibu dia. Saya pun offer  kerusi suruh budak tu duduk sementara saya nak tengok barang. Saya pula ambil kesempatan usik-usik dan bual-bual dengan budak kecil tu sementara ibu dia buat bayaran di kaunter.Tiba-tiba budak tu terjun dari kerusi dan lari-lari dapatkan ibu dia dan terlanggar seorang makcik ni. Sikit je pun, cuma terlanggar handbag yang makcik tu bimbit. Yang buat saya sentap, ibu dia kata kat makcik tu, ‘Maaf kan saya kak, anak saya terlanggar beg akak’.

Perh! Tak pernah seumur hidup jumpa mak minta maaf bagi pihak anak kat depan orang ramai. Orang memang ramai sangat dalam tu. Ada beberapa orang termasuk saya tengok mak budak tu dan senyum. Makcik tu pun cool je. Yela bukan sampai jatuh pun terlanggar kan.

Kedua.

Orang makin ramai datang lepas waktu bekerja. Salah satunya, seorang makcik ni masuk dengan anak lelaki dalam umur 6 tahun. Masa masuk, budak lelaki tu meraung-raung nangis. Mak dia tak pujuk, tapi marah-marah. Semua yang ada dalam tu dah mula tengok-tengok. Maklum la, butik tu dah penuh dengan orang, budak menangis kuat pula tu, so memang annoying.

SLAP!

Mak budak tu tampar anak lelaki dia. Serius! Kuat gila dia tampar muka. Lepas tu dia letak budak tu depan pintu dan tutup. What??  Semua orang dalam butik tu terdiam, terberhenti aktiviti semua orang dalam 5 saat dan SEMUA tengok kat mak budak tu. Terkejut saya. Agak-agak la makcik oiii….

2 peristiwa dalam satu masa. Sewaktu tunggu giliran saya buat bayaran, saya teringat buku tulisan Ustaz Hasrizal dalam buku ini. Antara kandungannya adalah untuk menjaga maruah anak kecil dikalangan khalayak ramai. Ustaz ni cerita, kalau kita pukul anak dihadapan orang ramai, ini bermakna kita tak jaga maruah mereka dan mereka akan anggap kita tak sayang mereka.

Betul juga kan??.....


p/s: seingat saya parent tak pernah pukul saya depan orang ramai. panahan mata yang tajam dah buat saya takut nak buat hal... -__-!!

4 comments:

munamuni said...

tu lah kdg2 bila , kita tension, selalu x boleh kawal kemrahan, mintak2lah kita menjadi mnusia penyayang n anak2 pun x buat hal..hehe

alyalyana said...

kannn...terfikir gak, 'nanti esok lusa aku dah jadi mak, kurniakanlah aku tahap kesabran yang maha tinggi...'

Anonymous said...

insya'allah semoga dikurniakan kesabaran bila jadi parent nanti!

alyalyana said...

the Izudean: terima kasih ^_^