Hari ini Rabu dan saya sepatutnya buat entri Wordless Wednesday. Tapi disebabkan saya tiada sebarang gambar menarik untuk dikongsikan bersama, jadi saya nak share buku yang saya beli baru-baru ini di Langkawi.
No. 1.
Buku: Going La La
Penulis: Alexandra Potter
Mukasurat: 318
Harga: RM16
Belum baca lagi. Cerita tentang kehidupan Frankie yang kehilangan segala-galanya yang dia ada dalam masa kurang dari seminggu. Dia hilang kerja, hilang flat mewah dan bf dia, Hugh. Kecewa, dia terbang ke LA dan tinggal dengan kawan lama yang menetap di LA. Tujuan dia pergi LA nak sort out her life tapi terjumpa pula dengan American photographer, Reilly. So, bila Hugh nak semula kat Frankie, dia kena buat keputusan sama ada nak pilih Hugh atau Reilly.
(macam gedik-gedik je cerita ni kan??)
No. 2
Buku: Summer of Love
Penulis: Katie Fforde
Mukasurat: 376
Harga: RM17
Belum mula baca lagi. Menceritakan tentang seorang ibu tunggal, Sian Bishop yang ada anak lelaki dan berpindah ke countryside. Dia ada perniagaan sendiri dan dah tak kisahkan pasal cinta. But in one summer evening, Gus Berresford ni muncul dalam hidup Sian. Sian dah ingatkan diri dia sendiri yang dia tak akan fall in love dengan Gus. Masalahnya, they had met each other before....haha.... Agak-agaknya Sian ni boleh ke untuk tak fall in love dengan Gus?
No. 3
Buku: The Memory Keeper's Daughter
Penulis: Kim Edwards
Mukasurat: 408
Harga: RM18
Saya baru mula baca ini. Mengisahkan seorang doktor 33 tahun yang baru berpindah ke Lexington, Kentucky dan berkahwin dengan gadis tempatan 22 tahun selepas setahun berkenalan di sebuah pasar raya. Dr David Henry terkenal sebagai seorang doktor yang sangat berdedikasi ketika menjalankan tugasan. Malam ketika isteri beliau melahirkan sepasang kembar telah mengubah hidup doktor ni. Doktor ni sendiri sambut kelahiran anaknya tapi dalam masa yang sama tak pernah tahu yang pasangan ni akan dapat twins. Seorang jururawat yang bertugas di klinik yang sama dengan Dr David Henry ni telah datang untuk membantu kelahiran sebab kelahiran ni jadi in autumn yang mana doktor banyak dah cuti. Isteri doktor ni melahirkan anak lelaki dan normal. Lepas tu, lahir anak perempuan tapi kembar ni menghidapi Down's Syndrome. Doktor ni arahkan jururawat ni bawa anak perempuan ni ke satu tempat dan serahkan kepada satu keluarga dan beritahu isteri beliau yang anak perempuan tu mati selepas dilahirkan.
Ok, saya baru baca sampai situ sahaja. Hehe. Cerita selebihnya tentang macam mana anak perempuan ni survive dan macam mana doktor ni simpan rahsia keluarga tu. Not bad buku ni, cerita tentang keluarga. Saya suka. =)
Saya belum pernah baca novel tulisan ketiga-tiga penulis ini. Jadi kalau ada yang berkenan dan suka dengan novel-novel ni, boleh la cari dekat kedai buku berhampiran. Dalam masa yang sama kalau nak suggest novel-novel yang best boleh lah share dengan saya.
Disclaimer: Saya tak dibayar sebarang komisyen untuk review novel mereka. ^__^
No comments:
Post a Comment