Assalamualaikum.
Sekadar luahan hati…..
Ramai yang tahu saya ada beberapa biz online. Kenapa saya
pilih untuk berniaga? Sebab lebih mudah dengan waktu bekerja. Suka hati nak
kerja pukul berapa. Kalau kerja sambilan waktu belajar ni macam susah, mungkin
sebab saya tak boleh nak bagi komitmen dengan masa. Tapi bila biz online ni
biasa la, macam-macam hal boleh berlaku. Alhamdulillah setakat ni belum pernah
pelanggan menipu. Cuma ada beberapa pelanggan yang sangat annoying.
Secara ringkas, peminat satu produk ni dikalangan ibu2, makcik2
dan nenek2 (senang cerita orang tua la kebanyakannya…ada je orang muda yang
minat juga…) Makcik2 ni bila dah pandai main pesbuk, dah pandai ambil gambar duck face, dah pandai ambil gambar
makanan dan post ‘Jemput makan…’ dan dah pandai nak shopping online…..HABIS LAAA…..mereka pun akan menunjukkan
kehebatan mereka di dunia maya.
Lambat sikit hantar barang, habis melalak melolong dalam
pesbuk. Padahal kita ni punya la sabar reserve
barang tu lebih dari sebulan. Kenapa saya sanggup tunggu sampai sebulan? Sebab
dia nak bulk, jadi saya pun senang
nak berikant diskaun dan secara tak langsung boleh habiskan stok. Setakat 1-2pcs
nak diskaun sampai 50% alahaiiii makcik…..nak bayar duit tandas awam pun tak
lepas!
Saya dah beritahu yang saya ada peperiksaan akhir (selepas
dia dah buat bayaran), jadi saya perlu tangguhkan penghantaran. Bukan berbulan2
tapi beberapa hari sahaja. Mula2 dia kata ok. Tapiii….sekali lepas saya habis
exam, rupanya dia dah meroyan. Memang nasib saya la kan. Bagus juga Allah
tangguhkan sekejap meroyan dia tu. Dibuatnya dia meroyan waktu saya exam, tak
ke tak tenang jiwa ni. Dia punya tahap meroyan memang hebat. Saya malas nak
cerita apa dia buat tapi dia berjaya memburukkan nama saya. Terima kasih
makcik. Jasamu dikenang.
Kesimpulannya, saya tetap tak kan berganjak dengan apa yang
saya buat sekarang ni. Sebab saya tahu saya berniaga nak cari duit lebih, bukan
nak menipu orang. Kalau betul saya nak menipu, baik saya pikat mana2 businessman , jadi gf diorang nak tipu
puas2. Setakat nak menipu makcik tu alahaiii..tak berbaloi dengan hasilnya.
p/s: saya buyer dan seller
online
No comments:
Post a Comment