Thursday, February 14, 2013

Hanoi, Vietnam (Bhgn. Akhir)

Assalamualaikum.

Edisi 4.
Lokasi: Hanoi, Vietnam
Tarikh: September 2012.

Siri akhir penjelajahan ke Hanoi, Vietnam bersama Tupperware Trip Achiever 2012. Silakan...




Pemandangan yang rare. Selamba diorang ni berurus niaga depan hotel. Ini sebenarnya betul-betul di hadapan hotel tempat kami menginap. Senang cerita kami boleh jalan kaki ke hadapan untuk shopping. Ini memang taktik mereka. Tunggu depan hotel. Nak masuk tak boleh kan sebab security hotel memang sekerasnya tak beri kebenaran. Jangan risau, saya tak ada dalam gambar.



Ikutkan akak-akak yang belum habis shopping ni. Saya? Dah tak ada duit nak membeli-belah. Dalam purse tinggal Ringgit Malaysia sahaja. Maklumlah, pergi sebagai pelajar, jadi duit shopping  memang limited dan tak macam akak-akak/makcik-makcik ni semua. Oh ya! Akak yang duduk satu bilik dengan saya belanja shawl. Dia kata terima kasih sebab hari-hari tidur lambat temankan dia bual-bual. Hahahaha.....terima kasih kak! (Eh kejap, mana shawl  tu saya letak ye???)


Bersebelahan dan tidak jauh dari tempat urusniaga tadi, saya ternampak ni pula. Kopitiam Vietnam style.


Gambar yang paling rare dan paling berharga yang saya ada. Bukan boleh jumpa kat Malaysia ni. Cuba teka apa itu? Nak snap gambar ni pun saya kena tegur dengan akak-akak ni semua. Saya jawab, 'Ala kak, rare tu pemandangan macam ni mana ada kat Malaysia....' Lepas tu semua pakat gelakkan saya. Sabar je la.


Ini sewaktu dalam perjalanan dari hotel ke lapangan terbang. Nampak biasa kan gambar ni? Ok mari sini saya terangkan tentang gambar ini. Nampak tak batu-batu hitam tu? Ok itu sebenarnya kubur. Dan kawasan terbentang luas hijau tu adalah sawah padi. Ya, mereka akan tanam orang mati di kawasan sawah padi bagi tempoh 5 tahun. Kemudian, mereka akan gali semula, dan pindahkan kubur ni ke tanah perkuburan tetap. Tujuannya adalah untuk mengembalikan roh ke sawah padi yang bawa rezeki sebagai destinasi terakhir untuk mereka buat kebaikan. Hahaha...ok, saya makan nasi baja orang mati ke sepanjang di Vietnam?? No comments.



Dah sampai lapangan terbang. Jom terbang balik ke KL. 

Selamat tinggal Hanoi! Panjang umur kita berjumpa lagi =)

No comments: