Edisi 1 dan terakhir.
Lokasi: Pulau Langkawi, Kedah
Tarikh: Februari 2012 (CNY holiday)
Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina kami sekeluarga ke Pulau Langkawi. Ok memang kerja gila pergi waktu peak hour macam ni. Cool je. Adventure konon-kononnya. Saya sendiri dah tak ingat ini kali ke berapa kami sekeluarga ke Langkawi tapi kali terakhir kami pergi adalah Julai 2011. Walaupun dah pergi banyak kali, tapi tetap ada sahaja tempat baru yang kami nak terokai ketika di Langkawi.
Tajuk: Cuti panjang Tahun Baru Cina 2013
Objektif: Meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Method (apa dalam bahasa melayu?) : Mandi pantai dan mandi air terjun.
Hipotesis: Semakin banyak kali pergi ke Pulau Langkawi, semakin sedikit gambar yang saya snap.
Kesimpulan: Pergi ke Pulau Langkawi jangan lupa bawa sunblock. Kami sekeluarga gunakan Fruit and Earth SPF50 dan hasilnya, kami kurang burn effect.
Santai
Untuk edisi kali ini, kami ke Pantai Pasir Tengkorak, Burau Bay dan Telaga Tujuh. Burau Bay worse place ever! Telaga tujuh kami pergi 7th well sahaja, tapi tempat memang cantik!
Shopping
Dan yang wajib setiap kali datang Langkawi dah tentulah beli cokelat kan.....(punah program diet ku..)
Whittakers, After Eight, Belgian No Sugar, Hershey's Cookies N Cream jadi pilihan.....(nomnomnom...)
Penginapan
Kami memang sukakan pantai kalau ke Langkawi dan setiap kali ke sana, kami akan pilih untuk menginap di Pantai Cenang. Malam sangat meriah dekat sini. Jalan kaki sepanjang jalan ada banyak kedai and stalls yang menarik untuk cuci mata terutama orang macam saya yang dah lama tak pergi ke Mid Valley ni (ok tak ada kaitan dengan entri). Kalau hujung minggu, 2 pagi masih steady. Oh ya, kami menginap di Rainbow Lodge. Tak mewah tapi sempoi. Jiran bilik saya semua mat saleh. Tak ada Malaysian langsung. Rupa-rupanya, lodge ni memang antara yang famous di TripAdvisor. Setakat kami yang nak tidur dan berjalan, memang sesuai sangat dengan harga penginapan dan kemudahan yang disediakan.
Rainbow Lodge Langkawi (boleh klik kalau berminat)
Maaf, gambar ni saya dapat dari En. Google. Sila baca hipotesis saya sebelum bertanya apa-apa.
Di Pantai Cenang ini juga ada satu kedai buku yang memang menjadi kegemaran saya. Setiap kali datang mesti nak singgah. Keistimewaan kedai buku ni adalah mereka menjual buku 2nd hand terutamanya novel. Sebut je nak apa, Jackie Collin, Jodi Picoult, J.K Rowling, Sophi Kinsella, Cecelia Ahern, ....semua ada. Tuan kedai adalah pakcik warga tempatan dan setiap kali saya jumpa dia, dia dengan semangat akan recommend buku yang menarik ikut minat saya. Even buku JK Rowling, The Casual Vacancy hardcover edition, 1st print pun pakcik ni offer pada saya. Price tag tulis RM25 tapi pakcik tu offer saya dengan harga RM23. Pheeww....nyaris beli tapi masalahnya saya tak pandai baca buku tulisan JK Rowling. End up beli novel lain dengan harga RM47 (harga asal RM49) untuk 3 novel. Berat pun berat la nak bawa naik feri, tak apa saya sanggup angkut!
Kedai ni bukan sahaja jual buku English tapi ada juga dari German, Holland dan pelbagai lagi. Bual-bual dengan makcik (wife taukey kedai) tanya kenapa novel bahasa Melayu sikit sangat. Panjang lebar dia cerita yang orangjarang nak jual novel Melayu. Saya balas,' Oh sama la dengan saya makcik, saya pun tak jual novel-novel Melayu saya. Ada simpan di rumah...' Makcik tu jawab, 'Kan makcik dah kata tadi, 9/10 orang tak akan jual, awak la orang no 9 tu....' -_-!!
Kadang-kadang rasa menarik lagi kedai buku pakcik ni daripada MPH. =)
3 comments:
aah u r rite, tak de langsung gambar e..huhu
sophi kinsella tu best!
rindunya langkawi...
munamuni: haha...kannnn....ada je gambar tapi nanti2 la upload....
Wan Ahmad Izudean: minat sophie kinsella juga? yeeaayyy sama la kita. tapi masa saya pergi tak ada english version. tinggal holland je, faham la pula nak baca.....jom kita pergi Langkawi beli buku... =)
Post a Comment