Thursday, February 14, 2013

My 1st Spectacular (Bhgn. 2)

Assalamualaikum.

Sabtu, 26 Januari 2013.

Sampai sahaja di Stadium Putra, saya dan rakan terus mendaftarkan diri. Dalam hati kata 'Laaa.....kata ramai sangat orang, tak ada la teruk sangat...'. Memang la belum ramai sayang oi! Kamu sampai pukul 7.10 pagi. Hehe. Ini semua sebab sponsor saya yang terlalu berdedikasi nak kami semua sampai awal.

Tapiii....

Bila nak masuk dalam stadium, ya Allah! Ramainya orang. Oh lupa nak beritahu. Spectacular tahun ni dihadiri oleh 15,000 orang dan mereka kata, tahun sebelumnya hanya dihadiri oleh 6,000 orang. Erk....saya terkedu sekejap. Kenapa peningkatan yang lebih dari 100%? Apa yang menarik sangat ni?

Masuk sahaja dalam stadium, energy orang-orang Herbalife ni memang incredible! Sana sini nampak orang tengah buat shake (sedangkan saya minum shake kat bilik je). Ada yang tengah bagi anak-anak minum shake dan bancuh tea. Jadi sebenarnya senang nak consume Herbalife ni. Di mana sahaja boleh buat dan siap in less than 5 mins. 

Saya dan rakan memang betul-betul terpaku. Kami dah duduk dalam stadium dari pukul 8 pagi, tapi kami cuma bergerak dan mula kibarkan bendera pukul 10 pagi (oh ya, kami diberikan bendera mengikut negeri yang kita suka dan sudah tentu Johor menjadi pujaan hatiku). Sempat saya cakap dengan rakan sebelah, 'Lambat betul kita ni warm up kan...' Selamba je dia jawab sambil tersenyum, 'First timer la katakan....' ^_^

Sepanjang hari, saya dapat gambaran kenapa peningkatan lebih daripada 100% yang hadir event  ni. Perkongsian cerita, pengalaman pahit, cerita gembira, kejayaan dan kegagalan yang dikongsi secara ikhlas dari hati. Konsepnya sangat mudah. Apabila kita berkongsi sebenarnya kita sedang bersedekah kerana apa yang kita kongsikan itu mungkin menjadi inspirasi kepada orang lain dan secara tidak langsung membakar semangat mereka. Bukan semua orang ada dalam keadaan yang positif dan saya juga begitu. Kadang-kadang kita rasa kita ni hidup susah sangat, tapi sebenarnya ada yang jauh lebih susah. Tak segan saya kata yang saya sendiri menitis air mata dengarkan perkongsiaan mereka. Rupa-rupanya apa yang Allah sedang uji saya ni cuma sedikit sahaja berbanding dengan apa yang mereka perlu tempuhi. Tapi disebabkan keinginan untuk berubah, mereka sahut cabaran dan atasinya.

Saya datang untuk mencari sesuatu yang dapat menginspirasikan saya untuk terus berjaya dan di sini saya dapat lebih daripada apa yang saya mahukan.

Alhamdulillah.

Misi saya diteruskan hari berikutnya......


No comments: