Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru =)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

SELAMAT TAHUN BARU!

Wah hari pertama dan mula menaip blog. Rajin ke ni? Konon tak nak jadi macam 2012. Ada one and only post je. Ok never mind, past is past.


 

Jom review kejayaan besar sepanjang 2012:

  • Dapat kerja di syarikat multinasional - CHECK √
  • Promoted (tak nak guna naik pangkat)..hehe.. - CHECK √
  • Sambung belajar dan ambil Master (oh ye belum pernah buat entri pasal ni) - CHECK √
  • Percutian ke luar negara pertama bersama Tupperware (ok faham, ni pun belum ada entri khas) - CHECK √
  • Mulakan regime baru dengan Herbalife (ehem…nak kurus ke?) - CHECK √

Ok cukup. Setakat yang remeh macam dah pandai reverse parking dan pergi imigresen sendiri buat passport tak perlu nak list. Itu semua terlalu remeh. Tapi Alhamdulillah ada belajar buat perkara baru.

Untuk kejayaan besar 3 hingga 5 tu nanti saya buat entri khas. Bila? Tak nak berjanji . Takut tak ditepati. -_-!!

Macam mana dengan tahun 2013? Jom kita senaraikan.

  1. Dapatkan Master – ONGOING~
  2. Qualified untuk percutian ke luar negara kedua bersama Tupperware. Tahun ni pergi Bangkok pula – ONGOING~
  3. Istiqamah consume Herbalife dengan coach saya yang comel, Yana Saiful – ONGOING~
  4. Tahun ni saya dah 25 tahun, jadi saya nak……(sila sambung tidak melebihi 10 patah perkataan)


 

Oh pagi hari ni buka tv3 siaran MHI berpeluang dengar ceramah Dato' Fadzilah Kamsah mengenai azam tahun baru. Dia kata, azam perlu sesuatu yang boleh kita bayangkan atau lakarkan supaya kita nampak hala tuju impian tu. Contohnya, kalau kita azam, 'saya nak sambung belajar' kita tak nampak belajar apa. Tapi kalau azam kita 'saya nak dapatkan Master' walaupun sedang mengejar sekarang ni, tetapi sekurang-kurangnya kita dah dapat bayangan yang kita akan naik pentas ambil ijazah sebelum 2013 melabuhkan tirai. Jadi pada mereka yang belum berapa nampak imej azam anda, masih ada masa untuk ubah impian dan cita-cita.


 

Semoga kita semua mencapai impian dan berjaya laksanakan azam baru 2013.


 

XOXO. Publish.

p/s: pengaruh Istanbul Aku Datang la sangat! Padahal nak update blog ada je alasan.


 


 

No comments: