Saturday, January 19, 2013

Have You Had Your Shake Today?

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu semua. Hari ni saya nak ambil kesempatan nak buat entri yang tertangguh. Kalau rajin, saya akan cover semua entri yang tertangguh.Tapi jika ada aral melintang (malas nak taip la maksudnya tu) saya akan sambung lain kali.

Biasa dengar tak tag line tajuk entri saya hari ni? Iye, betul. Herbalife. Sebelum ni saya dah pernah beritahu dalam entri sebelum ni yang saya antara consumer Herbalife. Jadi, hari ni saya nak cerita macam mana saya boleh boleh buat keputusan yang bijak ni untuk consume.

1. Hujung tahun 2010 ada seorang kawan yang introduce. Tapi masa tu baru habis belajar, belum kerja (masih dalam training yang elaun sebulan sekadar cukup). Mencuba juga 1 set. Sayangnya saya tak boleh nak consistent sebab masalah kewangan. Cerita tamat macam tu sahaja. Bukan salah kawan saya yang introduce.

2. Lepas raya 2012, saya buat keputusan semula untuk consume Herbalife. Masa ni saya dah berhenti kerja untuk sambung belajar buat Master. Saya terus contact isteri kepada seorang rakan sewaktu sekolah menengah. Suka dengan coach baru ni. Dia sedang pregnant, Herbalife businesswoman, mewah tapi tak pernah lokek dengan ilmu. Dia ajar saya satu persatu dan disebabkan sifat rendah diri dia, saya senang nak tanya pelbagai soalan. Terus saya buat pelaburan untuk 5 bulan. Bukan murah dan bukan mahal yang jadi ukuran. Tapi kalau saya dah sakit tenat bila usia makin meningkat nanti, siapa yang nak jaga ibu bapa saya? Takkan la dah berusia pun nak minta ibubapa yang jaga lagi. Jadi saya anggap ini sebagai satu bonus untuk saya menigkatkan tahap kesihatan saya sendiri.

3. Nak tahu perkembangan saya selepas consume Herbalife? Sila rujuk sideline saya. Saya kongsikan bersama. Memang betul bukan senang nak buat pembaharuan jika selama 24 tahun dengan cara hidup yang telah dibentuk. Saya percaya kalau ada keinginan, ada support group yang bagus, kita akan dapat mencapai apa yang kita nak.




p/s: Saya bukan nak iklankan MLM atau apa sahaja. Sekadar berkongsi sesuatu yang positif bersama anda. Doakan kejayaan saya.

No comments: