Sepanjang tahun 2012 sehingga sekarang saya terima banyak jemputan perkahwinan kawan-kawan sama ada kawan-kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, asasi, universiti, tempat training dan tak kira dari mana pun. Lagi rancak sebulan dua sebelum cuti sekolah. Pantang buka FB, mesti ada sahaja jemputan. Itu belum lagi yang berduyun-duyun terima kad jemputan di rumah. Hampir 2-3 minggu sekali ibu atau abah akan beritahu ada kad jemputan sampai rumah.
Ibu: Kawan-kawan aby dah ramai ye yang dah kawin....
Saya: Haah....
Ibu: Bila majlis si ***** ?
Saya: Bulan 3. Kenapa? Ibu nak pergi ke?
Ibu: Eh apa pula ibu...aby tak nak pergi ke?
Saya: Tak lah rasanya. Jauh sangat, lagipun tak cuti.
Ibu: Ibu ingatkan selama ni aby ada affair dengan dia tu....
Saya: What the...(ok ni dalam hati je)....eh tak ada la...kawan je tu...kawan gila-gila, sebab tu ngam....
Jauhnya ibu saya ni fikir. Rileks ibu. Itu cuma kawan yang memang gila.
Saya pula bila? Ok cool je ( yelah tu...) sooner or later nanti ada la jodoh saya (ayat nak sedapkan diri sendiri....hahaha)
Kepada semua sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumahtangga, saya ucapkan:
Selamat pengantin baru dan moga berkekalan setia hingga hujung nyawa (terpengaruh sangat ni).
2 comments:
haha, ilya! mak tak sabar lew tew...
hohoho.....
xde apo lae dah den nak kato....
Post a Comment